DAPATKAN MAJALAH ILHAM EDISI TERBARU 09 - 2009. KINI DI PASARAN.
klik disini untuk ke laman MAJALAH ILHAM
IKUTI PERKEMBANGAN TERKINI DI klik disini untuk ke laman MAJALAH ILHAM


MALIS IDUL ADHA
Tarikh : 11 nov. 2008
Tempat : Rumah PPMS
Mas’ul : ali zainal abidin

HAFLAH TAKHARRUJ
Tarikh : 20 syawal 1430 / 8 okt. 2009
Tempat : Rumah PPMS
Mas’ul : Lajnah Perhubungan

MAJLIS SAMBUTAN IDUL FITRI
Tarikh : 20 syawal 1430 / 8 okt. 2009
Tempat : Rumah PPMS
Mas’ul : Lajnah Perhubungan

KEMASKINI MAKLUMAT AHLI
Tarikh : sepanjang tahun
Mas’ul : Setiausha

BULETIN ILTIZAM
Tarikh : Bulanan
Mas’ul : Lajnah Penerangan

MAJALAH ILHAM
Tarikh : 4 bulan sekali
Mas’ul : Wan Muhammad

LIQA A’ILIYAH SEMPENA IMTIHAN
Tarikh : Sebelum Imtihan
Tempat : Rumah PPMS
Mas’ul : Lajnah Pendidikan

URUS SUMBANGAN KITAB KE DERANG
Tarikh : tidak bertarikh
Mas’ul : Lajnah Kebajikan

IFTOR JAMAIE
Tarikh : belum ditetapkan
Tempat : belum ditetapkan
Mas’ul : Lajnah Pendidikan

MAJLIS TA’BIN AL MARHUM SYEKH NIAMAT YUSUF
Tarikh : belum ditetapkan
Tempat : belum ditetapkan
Mas’ul : Lajnah Pendidikan

MAKLUM NATIJAH IMTIHAN
Tarikh : akhir tahun
Mas’ul : Setiausha

MESYUARAT AGUNG PMTIS KE 13
Tarikh : 20 syawal 1430 / 8 okt. 2009
Tempat : Rumah PPMS
Mas’ul : Lajnah Perhubungan





"SESUATU RINTANGAN AKAN MENJADI MUDAH UNTUK DI HADAPI APABILA IA DIANGGAP SEBAGAI PELUANG"

"TIADA REALITI TANPA IMPIAN" -AR RAHIL AYAHNDA UST NIAMAT

"APABILA ANDA SAKIT HATI KEPADA ORANG LAIN, KETAHUILAH.... ANDA TELAH TERKENA PENYAKIT HATI"







Syeikh Yusuf Al- Qardawi
Syeikh Said Ramadhan Al-Bouti
Syeikh Wahbah Az-Zuhayli
Harun Yahya
Syeikh Habib Omar b. Muhammad
Syeikh Abdul Fatah Abu Ghoddah
Syeikh Habib Al Jifri
Syeikh Faisal Mauluwi
Syeikh Abdul Khadir Al-Khatib
Syeikh Muaz Khatib
Syeikh Faisal Mauluwi
Syeikh Abdul Khadir Al-Khatib
SaifulIslam
Suasana di Malaysia
Media Muslim
Portal Ukhuwah
Portal Muslimah
Persatuan Pengguna Islam Malaysia
Teras Keupayaan Melayu
Ulama'



klik disini untuk ke laman MAMTIY

klik disini untuk ke laman PPMS

klik disini untuk ke laman KKDS

klik disini untuk ke laman IRHAMI



Selasa, 23 Jun 2009
MAJLIS AKAD NIKAH SIDIK

SELAMAT PENGANTIN BARU

MOHD SIDDIQ

DAN

HUDA FARHAN

Moga kekal bahagia selamanya.

 

Majlis akad diadakan pada 25 Jamadil Akhir 1430 / 18 Jun 2009 jam 10 malam, bertempat di Jami Manjak, Medan, Damascus, Syria.

Majlis disempurnakan oleh Syekh Rusydi Al Qalam Hafizahullah.






Besama mertua mengatur rancangan agar majlis berjalan lancar.


Menunggu persiapan selengkapnya sebelum akad nikah berlasung.


Masih mengatur beberapa rancangan.


Bersama dua saksi- Nasbir dan Abd Aziz (Bachok).


Akad nikah sedang berlansung dan disempurnakan oleh Syekh Rusydi Al Qalam Hafizahullah.


Diantara tetamu yang hadir.





Rabu, 17 Jun 2009
AS-SYIFA BINTI ABDULLAH - PENDIRIAN SEORANG DA`E (Siri 1)
PENGENALAN

As-Syifa’ binti Abdullah Ibnu Syamsy bin Kholaf Al-Quraisyiah Al-A’dawiyyah. Ada riwayat lain menyebut bahawa namanya Laila tetapi lebih terkenal dengan As-Syifa kerana ramai orang yang sembuh dengan rawatan yang diberikannya.

Ibu : Fatimah binti Wahb bin Amru bin Makhzum.
Suami : Abi Hasmah bin Huzaifah bin Amir Al-Quraisyi dan dikurniakan seorang cahayamata yang diberi nama Sulaiman.
Wafat : Pada tahun dua puluh hijrah zaman pemerintahan Umar Al-Khatab beliau kembali menemui Penciptanya.
Beliau seorang sahabiah yang mempunyai kehidupan yang sederhana serta mempunyai semangat juang yang tinggi setanding dengan sahabat-sahabat yang lain. Oleh itu marilah kita mengenalinya melalui beberapa kisah yang dipaparkan.



PRINSIP DA'E

1.Yakin dengan Islam
Meyakini Islam sebagai Ad-din maka ianya telah mengajar As-Syifa’ erti kehidupan sebenar dan menjana jiwanya menjadi muslimah yang tabah dalam mengharungi liku-liku perjuangan. Bahkan beliau adalah diantara Al-muhajiraat Al-awaeel yang terbilang kerana memiliki kesabaran yang tinggi, khususnya apabila berdepan dengan tekanan dan pakatan jahat Quraisy. Semua ini tidak melunturkan semangat malah meny0ebabkan iman mereka terus subur dan memberi taat setia kepada Rasulullah S.A.W.

2.Murabbi
As-Syifa’ adalah antara perempuan yang memiliki akal yang bijak, cerdik, pintar serta mempunyai keistimewaan dan kelebihan juga dihormati. Rasulullah telah menyediakan untuknya sebuah rumah di Hakkakeen dan beliau menetap di rumah itu bersama anaknya Sulaiman. Di situlah tempat yang sentiasa didatangi oleh muslimatul mu’minat Madinah untuk belajar membaca dan menulis. Antara muridnya ialah Hafsah binti Umar isteri Rasulullah. Itulah sekolah yang pertama di Madinah al Munawarah.

3.Mengunakan kepakaran untuk Islam
Selain dari berperanan sebagai seorang guru beliau juga mempunyai bakat dan ketokohan sebagai dukun yang boleh merawat penyakit dengan menggunakan Jampi Namlahرقية النملة yang mashur di zaman jahiliyyah. Kebolehannya itu juga turut mengundang kehadiran para sahabat ke rumahnya untuk mendapat rawatan. Namun kepakaran itu bukan hanya digunakan untuk mengaut keuntungan duniawi semata-mata tetapi ianya juga boleh dijadikan sumber bekalan untuk akhirat jua. Untuk tujuan itu maka tidak ketinggalan, beliau juga antara mereka yang menyertai pasukan mujahidin dan keluar bersama Rasulullah ke medan perang. Beliau mengambil posisi pilihannya sebagai jururawat yang mengubati tentera-tentera yang luka dan cedera di medan perang.

عن الشِّفَاء بنت عبد الله، قالت: دَخَلَ عَلَىَّ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم وَأَنَا عِنْدَ حَفْصَةَ، فقال: "أَلاَ تُعَلِّمِيْنَ هذِهِ رُقْيَةَ النَّمْلةِ كَمَا عَلَّمْتِيْهَا الْكِتَابَةَ" )سنن أبى داود(

As-Syifa’ menceritakan: ketika sedang aku bersama Hafsah, datang kepada kami Rasulullah dan bersabda: “Apakah kamu tidak mahu mengajarkan رقية النملة kepadaku seperti kamu mengajar-kannya (Hafsah) menulis” ?.

4.Bijak mengambil peluang
Kecerdikan yang dimilikinya juga telah mengilhamkan supaya beliau mengambil peluang dan kesempatan. Rumahnya bukan hanya dilawati oleh orang sakit atau kawan rakannya dari kalangan muslimah Madinah yang datang belajar sahaja, namun turut menjadi tetamunya ialah manusia agung Baginda S.A.W. Baginda S.A.W datang bukan hanya melihat atau “stop and go” sahaja bahkan Baginda mengambil kesempatan untuk berqailulah di rumahnya. Peluang seperti ini tidak dibiarkan berlalu tanpa erti dan faedah.
Bagi As-Syifa’ ini satu habuan istimewa baginya. Untuk Rasulullah berqailulah beliau menyediakan hamparan khas untuknya dan hamparan berkat itu disimpan sebagai azimat keberkatan untuknya dan untuk anak cucunya sehinggalah diambil oleh Marwan bin Malik (pemimpin bani umayyah).

Pengajaran:
a. Jampi dukun diharuskan selama tidak ada kalimah atau perkataan yang syirik kepada Allah dan menyalahi syarak.
b. Mengambil berkat dari orang alim bukan amalan yang salah kerana ulamak adalah pewaris para nabi.

5.BERPOLITIK.

Semasa pemerintahan Umar Al-Khattab menjadi khalifah, beliau tidak lupa daratan dan jauh sekali hendak menyombong diri dengan jawatan yang disandangnya. Jawatan itu amanah Allah yang mesti dijaga dengan teliti dan berhati-hati sebagai medan untuk menyumbang bakti kepada ummah. Namun kerja ini tidak mungkin dapat dilakukan oleh seorang sahaja tetapi mesti dipecahkan tugasannya kepada mereka yang berkebolehan sama ada lelaki atau perempuan. Antara contohnya ialah As-Syifa’ seorang perempuan yang dilantik Umar sebagai anggota ahli mesyuaratnya dan pengurus Hisbah (urusan amar makruf nahi mungkar. الأحكام السلطانية) khas untuk kaum hawa.
Pengajaran:
a. Muslimah mu’minah tidak ditegah untuk berpolitik. Mereka boleh terlibat dengan urusan politik dan aktivis masyarakat dengan syarat mendapat restu suami adalah keutamaan.

6.INSAF

Seketika beliau pernah mengkritik Baginda S.A.W kerana suatu permintaan yang dihajatinya tidak dapat ditunaikan oleh Rasulullah dan selepas itu beliau pergi ke rumah menantunya – Hasanah - tiba-tiba beliau mendapati suami anaknya - Ummu Syurahbil - itu tidak menghadiri solat jamaah zohor yang telah pun masuk waktu. Kata As-Syifa’: “waktu dah masuk kamu masih di sini ?”.

يا عَمَّةُ لاَ تَلُومِيْنِيْ كَانَ لِي ثَوبَانِ اسْتَعَارَ أحَدُهُمَا النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم. ( المستدرك عن الصحيحين 4/64 )

Jawab Hasanah: Ya A’mmaah. “Janganlah marah saya. Sebenar-nya saya ada dua helai baju sahaja, salah satunya telah dipinjam Rasulullah”

Menyedari hal itu As-Syifa’ berkata: “demi ayah dan ibuku… aku telah mencercanya (Rasulullah) sedangkan inilah keadaannya...???”
Pengajaran:
a. Menegakkan kebenaran adalah kerja mulia yang tidak boleh diabaikan oleh lelaki mahupun perempuan. Namun demikian ianya mestilah dilakukan dengan bijak.
b. Jangan segan hendak memberi teguran walaupun orang itu menantu kita sendiri jika ada perkara yang perlu diperingatkan.




Pak Ngah (Ust Abu Khair Bin Ayub)
Lepasan Maahad Fatah Islami Damascus, Syria.
Dan kini beliau adalah Mudir Thanawi
di Maahad Tarbiyah Islamiyah Derang,
Pokok Sena Kedah
dan pendakwah bebas.

Label:

Sabtu, 13 Jun 2009
Al-fatehah
Al-fatehah buat al marhum Syaikh Fathi Yakan yang telah kembali ke rahmatullah. Moga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para anbiya', syuhada' dan solihin. Amin.
Pulang lah bantu MTI Derang - Ust. Abu Khair
Damascus, Jumaat 12 Jun 2009 : Pelajar Maahad Tarbiah Islamiyah Derang Syria (PMTIS) telah menganjurkan majlis ramah mesra bersama Mudir Thanawi Maahad Tarbiyah Islamiyah Derang Kedah Ustaz Abu Khair Bin Ayub bertempat di rumah pentadbiran Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS) disini.
Ketua umum PMTIS Ust. Omar Faruq mengalu-alukan kedatangan Ust. Abu Khair berserta rombongan ke bumi Syam.
Ust Abu Khair dalam ucapannya menyeru kepada semua pelajar-pelajar Maahad Derang yang masih belajar di Syria agar menumpukan perhatian kepada ilmu yang sedang dipelajari di sini sementara peluang masih ada.
"kita tahu pelajar-pelajar kita disini terima tekanan yang hebat, ada yang dihantar balik dan ada yang dapat masuk ke Syria tapi sampai sekarang belum ada tempat belajar, jadi mana yang dah dapat tempat belajar tu, pulun lah sampai berjaya." katanya.
Dan beliau juga mengharapkan kepada pelajar-pelajar yang telah tamat pengajian disini agar pulang ke Malaysia bagi membantu para pendakwah membimbing masyarakat kearah jalan yang benar.
"Bagi mereka-mereka yang dah tamat belajar, balik lah ke Malaysia kerana masyarakat menunggu kepulangan antum semua." Katanya lagi.
Beliau turut mengulas keadaan sosial yang semakin parah di kalangan rakyat Malaysia yang bermula dari golongan rakyat biasa hingga ke peringkat pemimpin tertinggi.

Perkembangan MTI Derang
Tegas Ust Abu Khair, Maahad Tarbiyah Islamiyah (MTI) Derang kini mendapat sambutan dikalangan masyarakat setempat dan ada juga masyarakat Thailand yang ingin mendalami ilmu di MTI namun masaalah bahasa menjadi penghalang untuk pelajar Thailand ini meneruskan pengajian di MTI Derang.
Kelas persediaan (I'dadi) juga terpaksa ditambah menjadi dua kelas bagi menampung permintaan pelajar yang semakin ramai.
Bangunan An Nadwi kini hampir siap sepenuhnya.
Dan masaalah yang dihadapi oleh MTI Derang adalah kekurangan tenaga kerja dan penggerak di beberapa bidang diantaranya pengawal asrama dan tenaga di bahagian pentadbiran.
Dan Ust Abu Khair menyeru agar lepasan MTI Derang dapat membantu guru-guru yang sedia ada bagi memperkasakan kesinambingan Maahad ini.