DAPATKAN MAJALAH ILHAM EDISI TERBARU 09 - 2009. KINI DI PASARAN.
klik disini untuk ke laman MAJALAH ILHAM
IKUTI PERKEMBANGAN TERKINI DI klik disini untuk ke laman MAJALAH ILHAM


MALIS IDUL ADHA
Tarikh : 11 nov. 2008
Tempat : Rumah PPMS
Mas’ul : ali zainal abidin

HAFLAH TAKHARRUJ
Tarikh : 20 syawal 1430 / 8 okt. 2009
Tempat : Rumah PPMS
Mas’ul : Lajnah Perhubungan

MAJLIS SAMBUTAN IDUL FITRI
Tarikh : 20 syawal 1430 / 8 okt. 2009
Tempat : Rumah PPMS
Mas’ul : Lajnah Perhubungan

KEMASKINI MAKLUMAT AHLI
Tarikh : sepanjang tahun
Mas’ul : Setiausha

BULETIN ILTIZAM
Tarikh : Bulanan
Mas’ul : Lajnah Penerangan

MAJALAH ILHAM
Tarikh : 4 bulan sekali
Mas’ul : Wan Muhammad

LIQA A’ILIYAH SEMPENA IMTIHAN
Tarikh : Sebelum Imtihan
Tempat : Rumah PPMS
Mas’ul : Lajnah Pendidikan

URUS SUMBANGAN KITAB KE DERANG
Tarikh : tidak bertarikh
Mas’ul : Lajnah Kebajikan

IFTOR JAMAIE
Tarikh : belum ditetapkan
Tempat : belum ditetapkan
Mas’ul : Lajnah Pendidikan

MAJLIS TA’BIN AL MARHUM SYEKH NIAMAT YUSUF
Tarikh : belum ditetapkan
Tempat : belum ditetapkan
Mas’ul : Lajnah Pendidikan

MAKLUM NATIJAH IMTIHAN
Tarikh : akhir tahun
Mas’ul : Setiausha

MESYUARAT AGUNG PMTIS KE 13
Tarikh : 20 syawal 1430 / 8 okt. 2009
Tempat : Rumah PPMS
Mas’ul : Lajnah Perhubungan





"SESUATU RINTANGAN AKAN MENJADI MUDAH UNTUK DI HADAPI APABILA IA DIANGGAP SEBAGAI PELUANG"

"TIADA REALITI TANPA IMPIAN" -AR RAHIL AYAHNDA UST NIAMAT

"APABILA ANDA SAKIT HATI KEPADA ORANG LAIN, KETAHUILAH.... ANDA TELAH TERKENA PENYAKIT HATI"







Syeikh Yusuf Al- Qardawi
Syeikh Said Ramadhan Al-Bouti
Syeikh Wahbah Az-Zuhayli
Harun Yahya
Syeikh Habib Omar b. Muhammad
Syeikh Abdul Fatah Abu Ghoddah
Syeikh Habib Al Jifri
Syeikh Faisal Mauluwi
Syeikh Abdul Khadir Al-Khatib
Syeikh Muaz Khatib
Syeikh Faisal Mauluwi
Syeikh Abdul Khadir Al-Khatib
SaifulIslam
Suasana di Malaysia
Media Muslim
Portal Ukhuwah
Portal Muslimah
Persatuan Pengguna Islam Malaysia
Teras Keupayaan Melayu
Ulama'



klik disini untuk ke laman MAMTIY

klik disini untuk ke laman PPMS

klik disini untuk ke laman KKDS

klik disini untuk ke laman IRHAMI



Sabtu, 17 Oktober 2009
KHABAB BIN AL-ARAT BIN JANDALAH BIN SA’AD AT-TAMIMI – Siri 1
Sesungguhnya beliau seorang sahabat Rasullullah S.A.W, dilahirkan dalam Qabilah Tamim salah satu keluarga di Mekah. Malangnya beliau telah menjadi mangsa kekejaman masyarakat jahiliyyah. Qabilahnya telah diserang dan beliau menjadi tawanan serta dijadikan barang dagangan untuk dijual beli. Pembelinya yang terakhir ialah Ummu Anmaar binti Sibaag seorang perempuan Musyrik Makkah. Kemudian beliau diserahkan kepada tukang besi yang mahir membuat senjata pedang supaya mempelajari kemahiran membuat pedang. Kemahiran yang dimiliki oleh Khabab itu dipergunakan Ummu Anmaar binti Sibaag dengan membuka sebuah bengkel membuat dan menjual pedang .

SAHABAT YANG KEENAM MENERIMA ISLAM

Sambil meneruskan perniagaan, beliau tidak menutup mata dan membekukan fikiran dari berfikir dan merenung gelagat masyarakat dan telatah remaja sekitar kawasannya yang telah jauh hanyut dibawa arus jahiliyyah, beliau turut mengeluh dengan suasana yang serba mencabar keimanan itu. Akhirnya keluhan itu terjawab apabila terdengar tentang kedatangan dan kebangkitan seorang Rasul, peluang ini diambilnya untuk mendengar penjelasan dan penerangan sehingga Allah membuka pintu hatinya untuk menerima Islam dihadapan baginda S.A.W Beliau adalah antara sahabat yang terawal menerima Islam sebagai Ad-Din.Malah beliau merupakan sahabat yang keenam memeluk Islam dan menjadi antara orang-orang yang terawal menzahirkan keislamannya di Kota Makkah.

UJIAN TIKET KEAMPUNAN.

Keutuhan imannya terus diuji, berita tentang keislamannya telah diketahui oleh mereka yang memusuhi Islam, maka tidak kurang tekanan dan seksaan yang diterima keatasnya akan tetapi beliau menghadapi semuanya dengan penuh kesabaran dan ketaqwaan. Antara ujian yang dilaluinya ialah:

1. Diseksa dengan api :

Itulah peristiwa yang paling menarik ketika Umar bertanya kepadanya tentang hari yang paling dahsyat seksaan yang beliau lalui. “Ya Amirul Mukminin! Tengoklah di belakang aku” Umar pun melihat dan bertanya : "Apa kejadiannya hari itu? Jawab Khabab : “Aku telah dibakar dengan api, aku cuba untuk mamadamnya, tapi tidak ada yang memadamnya kecuali lemak yang keluar dari belakang aku”

Allah Mengasihi Hambanya Yang Soleh .

Ummu Anmar perempuan kaya bukan sahaja telah membeli dan memberi pendidikan kemahiran kepada Khabab, malah juga antara perempuan yang paling memusuhi keislamannya, dengan berbagai seksaan dan deraan yang dilakukan keatasnya, bukan sekali Khabab di letak diatas bara api yang sedang menyala bahkan beberapa kali dan diletakan pula batu atasnya sehingga tidak mampu bangun berdiri. Ummu Anmar juga pernah menyeksa Khabab dengan besi yang panas di kepala beliau.
Walau bagaimana pun Allah maha kuasa dan mengetahui segala perbuatan hambanya, secara rahsia atau terang terangan. Seseorang yang melakukan kezaliman tetap akan diadili Allah di dunia atau akhirat. Selang beberapa ketika, tibalah masanya giliran Ummu Anmar terkena penyakit sakit kepala yang amat perit sehingga menyebabkan dia menjerit kesakitan seperti anjing menyalak. Anak-anaknya cuba membantu dengan mencarikan ubat-ubatan, namun tiada ubat yang dapat menyembuhkannya melainkan Al-Kayie. Tiada pilihan lain melainkan itu yang terbaik dirasakan. Lalu kepalanya yang sakit itu dipanaskan dengan besi yang panas merah diletak dikepalanya dan akibat hilang segala-segalanya.


2. Ujian dalam pejuangan.

وَذَاتَ يَوْمٍ كَثُرَ التَّعْذِيْبُ عَلَى خَبَّابِ وَإِخْوَانِهِ الْمُسْلِمِيْنَ الْمُسْتَضْعَفِيْنَ، فَذَهَبَ مَعَ بَعْضِ أَصْحَابِهِ إِلَى رَسُوْلِ اللهِ صلى الله عليه وسلم وَكَانَ مُتَّكِئًا فِيْ ظِلِّ الْكَعْبَةِ، وَقَالُوْا: يَا رَسُوْلَ اللهِ، أَلاَ تَسْتَنْصِرُ لَنَا، أَلاَ تَدْعُوْ لَنَا؟ فَقَالَ لَهُمْ رَسُوْلُ اللهُ: ( قَدْ كَانَ مِنْ قَبْلِكُمْ يُؤْخَذُ الرَّجُلُ فَيُحْفَرُ لَهُ فِي اْلأَرْضِ فَيُجْعَلُ فِيْهَا، فَيُجَاءُ بِالْمِنْشَارِ فَيُوْضَعُ عَلَى رَأْسِهِ فَيَجْعَلُ نِصْفَيْنِ، وَيَمْشُطُ بِأَمْشَاطِ الْحَدِيْدِ مَا دُوْنَ لَحْمِهِ وَعَظْمِهِ، فَمَا يَصُدُّهُ ذلِكَ عَنْ دِيْنِهِ، وَاللهُ لَيُتِمَّنَّ هذَا اْلأَمْرِ حَتَّى يَسِيْرَ الرَّاكِبُ مِنْ صَنْعَاءَ إِلَى حَضْرَمَوْتَ لاَ يَخَافُ إِلاَّ اللهَ وَالذِّئْبُ عَلَى غَنَمِهِ، وَلكِنَّكُمْ تَسْتَعْجِلُوْنَ) [البخاري].

"Khabab dan bersama dengan beberapa sahabat yang lain mendatangi Rasulullah yang sedang berehat dibawah teduhan Ka’bah dan bertanya : Ya Rasulullah tidak mahukah kamu memohon pertolongan dan berdoa untuk kami ? Sabda Rasulullah : Sesungguhnya orang- orang yang terdahulu dari kamu mereka di tangkap dan dimasukan kedalam lubang yang telah digali untuknya, didatangkan dengan gergaji, kepalanya di belah dua, setelah itu badan mereka dicakar dengan pencakar besi dan terpisahlah daging dan tulangnya namun mereka tetap cekal dengan keimannannya, demi Allah ! Allah akan meneruskan jihad hambanya untuk menegakkan agama Islam ini dan sehingga seseorang itu dapat meneruskan perjalannya dari Son’a ke Haratmaut dengan tiada ada perasaan takut hanya lah kepada Allah atau serigala yang akan menerkam kambingnya, tetapi kamu terlalu gopoh. (untuk mendapat kemenangan itu.


3. Dinafikan Hak

Khabab sahabat yang sangat mencintai agama Islam, kecintaannya itu menyebabkan beliau sangup berkorban demi memartabatkan Islam dengan jiwa dan hartanya yang terbaik .

Al-A’sh bin Wa-el salah seorang pelangan Khabab yang telah membeli pedang darinya secara hutang, suatu hari datang Khabab menuntut hutang darinya, tiba-tiba Al-A’sh berkata “ Aku tidak akan membayar sesuatu pun sehingga engkau kufur dengan ugama Muhammad” jawab Khabab : Tidak ! Demi Allah aku tidak akan kufur dengan ugama Muhammad sehingga kamu mati dan dibangkitkan” kata Al-A’sh sambil mempermain- mainkannya : “Sesungguhnya bila aku mati kemudian dibangkitkan, lalu kamu datang pada aku hari kiamat nanti sedangkan aku disana mempunyai harta yang banyak dan anak-anak , maka merekalah yang akan membayarkannya” .
Setelah mendengar jawapan Al-A’sh itu maka Khabab menceritakan kepada Baginda S.A.W lalu turun Ayat :
{أََفَرَأَيْتَ الَّذِيْ كَفَرَ بِآيَاتِنَا وَقَالَ لآُوْتَيَنَّ مَالاً وَوَلَدًا}
[مريم: 77ابن سعد والبخاري].





Pak Ngah (Ust Abu Khair Bin Ayub)
Lepasan Maahad Fatah Islami Damascus, Syria.
Dan kini beliau adalah Mudir Thanawi
di Maahad Tarbiyah Islamiyah Derang,
Pokok Sena Kedah
dan pendakwah bebas.

Label: