DAPATKAN MAJALAH ILHAM EDISI TERBARU 09 - 2009. KINI DI PASARAN.
klik disini untuk ke laman MAJALAH ILHAM
IKUTI PERKEMBANGAN TERKINI DI klik disini untuk ke laman MAJALAH ILHAM


MALIS IDUL ADHA
Tarikh : 11 nov. 2008
Tempat : Rumah PPMS
Mas’ul : ali zainal abidin

HAFLAH TAKHARRUJ
Tarikh : 20 syawal 1430 / 8 okt. 2009
Tempat : Rumah PPMS
Mas’ul : Lajnah Perhubungan

MAJLIS SAMBUTAN IDUL FITRI
Tarikh : 20 syawal 1430 / 8 okt. 2009
Tempat : Rumah PPMS
Mas’ul : Lajnah Perhubungan

KEMASKINI MAKLUMAT AHLI
Tarikh : sepanjang tahun
Mas’ul : Setiausha

BULETIN ILTIZAM
Tarikh : Bulanan
Mas’ul : Lajnah Penerangan

MAJALAH ILHAM
Tarikh : 4 bulan sekali
Mas’ul : Wan Muhammad

LIQA A’ILIYAH SEMPENA IMTIHAN
Tarikh : Sebelum Imtihan
Tempat : Rumah PPMS
Mas’ul : Lajnah Pendidikan

URUS SUMBANGAN KITAB KE DERANG
Tarikh : tidak bertarikh
Mas’ul : Lajnah Kebajikan

IFTOR JAMAIE
Tarikh : belum ditetapkan
Tempat : belum ditetapkan
Mas’ul : Lajnah Pendidikan

MAJLIS TA’BIN AL MARHUM SYEKH NIAMAT YUSUF
Tarikh : belum ditetapkan
Tempat : belum ditetapkan
Mas’ul : Lajnah Pendidikan

MAKLUM NATIJAH IMTIHAN
Tarikh : akhir tahun
Mas’ul : Setiausha

MESYUARAT AGUNG PMTIS KE 13
Tarikh : 20 syawal 1430 / 8 okt. 2009
Tempat : Rumah PPMS
Mas’ul : Lajnah Perhubungan





"SESUATU RINTANGAN AKAN MENJADI MUDAH UNTUK DI HADAPI APABILA IA DIANGGAP SEBAGAI PELUANG"

"TIADA REALITI TANPA IMPIAN" -AR RAHIL AYAHNDA UST NIAMAT

"APABILA ANDA SAKIT HATI KEPADA ORANG LAIN, KETAHUILAH.... ANDA TELAH TERKENA PENYAKIT HATI"







Syeikh Yusuf Al- Qardawi
Syeikh Said Ramadhan Al-Bouti
Syeikh Wahbah Az-Zuhayli
Harun Yahya
Syeikh Habib Omar b. Muhammad
Syeikh Abdul Fatah Abu Ghoddah
Syeikh Habib Al Jifri
Syeikh Faisal Mauluwi
Syeikh Abdul Khadir Al-Khatib
Syeikh Muaz Khatib
Syeikh Faisal Mauluwi
Syeikh Abdul Khadir Al-Khatib
SaifulIslam
Suasana di Malaysia
Media Muslim
Portal Ukhuwah
Portal Muslimah
Persatuan Pengguna Islam Malaysia
Teras Keupayaan Melayu
Ulama'



klik disini untuk ke laman MAMTIY

klik disini untuk ke laman PPMS

klik disini untuk ke laman KKDS

klik disini untuk ke laman IRHAMI



Selasa, 17 November 2009
KHABAB BIN AL-ARAT BIN JANDALAH BIN SA’AD AT-TAMIMI – Siri 2
AKHLAK MUSLIM

Khabab merupakan seorang sahabat:

• Membaca , mendengar dan mengajar Al-Quran saudara Muslim. Diawal permulaan Islam beliau menjadi guru Al-Quran kepada Said bin Zaid dan Fatimah binti Al Khattab.

• Segera menyahut seruan Allah dan Rasulullah S.A.W. Ketika arahan supaya berhijrah dikeluarkan maka Khabab merupakan orang yang terawal menyahut seruan itu, beliau berhijrah ke Madinah dan disana dipersaudarakan dengan Tamim maula Khuras bin Al-Sommah.

• Menyertai agenda – agenda jihad. Khabab antara sahabat yang tidak pernah berkecuali dari mengikuti peperangan bersama Rasulullah dan demikian juga dizaman Umar dan Abu Bakar dalam program pembukaan yang berlangsung di zaman mereka berdua.

• Rendah diri dan Zuhudkan dunia. Beliau menetap di Kufah dan membina sebuah rumah yang sederhana dan hidup dengan zuhud. Walaupun dalam serba apa yang ada itu hidupnya, namun beliau tetap merasakan bahawa apa yang dimilikinya itu masih banyak, sehingga pada suatu hari beliau menangis. Beliau sengaja meletakan barangan dirumahnya ditempat yang mudah supaya memeudahkan sahabat yang berhajat mengambilnya. Ketika beliau sedang sakit, beliau diziarahi sahabatnya dan bertannya kepadanya : "Gembira lah wahai Abu Abdillah! kamu akan bertemu Rasulullah di Al Khaud maka beliau mengisyaratkan keatas dan kebawah rumahnya dan berkata :bagaimana dengan ini ?" sedangkan Rasulullah bersabda:

(أَنَّهُ يَكْفِيْ أَحَدُكُمْ مِثْلَ زَادِ الرَّاكِبِ)

"Bahawa cukuplah seseorang kamu sekadar bekalan orang yang bermusafir"

• Suatu hari Khabab memohon kain kafannya maka apabila dibawa kepadanya kain itu tiba-tiba beliau menangis dan berkata: “bahkan Hamzah (bapa saudara Rasulullah ) tidak ada kain kafan kecuali sehelai selendang yang kalau tutup kepala kaki terbuka dan kalau tutup kaki kepala pula terbuka”

Bayangkan betapa mewahnya hidup kita hari ini, lebih rela ditumpahkan ke tanah daripada memberikan kepada seseorang. Benarlah apa yang dikata Khabab:

Seketika beliau didatangi oleh sahabatnya dirumah sebagai ziarah lantas beliau memberi mereka: “didalam peti itu ada seribu dirham, demi Allah akau tidak pernah baghil dengan wang itu bahka siapa saja yang datang aku berikan kepadanya” – kemudian dari itu beliau menangis- Tanya sahabat-sahabat beliau: apa yang menyebabkan tuan menangis? Jawab beliau: aku menangis kerana sahabat-sahabatku dulu mereka pergi betemu Allah sedangkan dunia ini tidak dapat mengurangkan pahala mereka sedikitpun, (tetapi) sesunguhnya kita yang hidup selepas mereka mempunyai harta dunia yang banyak sehingga tidak ada tempat kecuali ditanah (dibiarkan membazir).

Pada tahun 37 hijrah, kembalilah ruhnya menemui Allah dan dikebumikan di Kufah. Kata saiduna Ali r.a.:

رَحِمَ اللهُ خَبَّابًا، أَسْلَمَ رَاغِبًا، وَهَاجَرَ طَائِعًا، وَعَاشَ مُجَاهِدًا، وَابْتَلَى فِيْ جِسْمِهِ أَحْوَالاً.

“ Semoga Allah merahmati Khabab : beliau masuk Islam kerana kerelaan sendiri, beliau berhijrah kerana taati perintah, beliau hidup sebagi seorang mujahid dan badan diuji dengan berbagai-bagai ujian."




MUTIARA HADITH DARI KHABAB:
Akibat membantu orang yang zalim
عَنْ‏‏عَبْدِ اللَّهِ بْنِ خَبَّابِ بْنِ اْلأَرَتِّ ‏حَدَّثَنِي‏أَبِي‏خَبَّابُ بْنُ اْلأَرَتِّ‏ قَالَ إِنَّا لَقُعُودٌ عَلَى بَابِ رَسُولِ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏نَنْتَظِرُ أَنْ يَخْرُجَ لِصَلاَةِ الظُّهْرِ إِذْ خَرَجَ عَلَيْنَا فَقَالَ اسْمَعُوا فَقُلْنَا سَمِعْنَا ثُمَّ قَالَ اسْمَعُوا فَقُلْنَا سَمِعْنَا فَقَالَ ‏ ‏إِنَّهُ سَيَكُونُ عَلَيْكُمْ أُمَرَاءُ فَلاَ تُعِينُوهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَمَنْ صَدَّقَهُمْ بِكَذِبِهِمْ فَلَنْ يَرِدَ عَلَيَّ الْحَوْضَ. ‏

"Sesungguhnya kami sedang duduk di depan pintu rumah Rasulullah menunggu Rasulullah keluar untuk menunaikan solat Zohor, tiba-tiba baginda keluar dan berkata : “Dengar oleh kamu semua” kata khabab : kami menjawab : kami mendengar. Rasulullah mengulang lagi “Dengar oleh kamu semua” kata Khabab : kami menjawab : kami mendengar. Sabda Baginda : “Sesungguhnya akan datang kepada kamu pemimpin - pemimpin yang tidak boleh kamu menolong mereka kerana kezaliman yang dilakukan, barangsiapa yang membenarkan pembohongan yang dilakukan maka mereka tidak akan melintasi telaga aku di akhirat kelak.
Pengajaran :
 Membantu pemimpin yang zalim dan mempercayai pembohongan mereka nabi tidak akan mengaku umatnya.
Arak Punca segala Kejahatan
عن خباب بن الأرت قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : إِيَّاكَ وَالْخَمْرَ فَإِنَّ خَطِيْئَتَهَا تَفْرَعُ الْخَطَايَا كَمَا أَنَّ شَجَرَتَهَا تَفْرَعُ الشَّجَرَ. ( نصب الراية 4/357 أخرجه ابن ماجه رقم 3373)
"Berhati-hatilah kamu dengan arak, sesungguhnya kejahatannya akan menjalar kepada kejahatan yang lain seperti pokok yang menjalar ke pokok yang lain."
Pengajaran:
 Arak adalah minuman yang diharamkan oleh Allah dan meminumnya akan membuka pintu kepada segala kejahatan yang lain.
 Selain itu dadah juga boleh disama dengan arak.
Kelebihan muslim yang kuat.
عن خباب بن الأرت قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: اَللّهُمَّ أَعِزَّ الدِّيْنَ بِعُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ أَوْ بِعَمْرِو بْنِ هِشَامِ يَعْنِيْ أَبَا جَهْلٍ. (كنز العمال 12/814 )
“ Ya Allah muliakanlah agama ini dengan Umar Al Khattab atau Amru bin Hisyam ( Abu Jahal )
Pengajaran :
 Muslim yang kuat iman dan tenaga lebih baik dari yang lemah.
 Diharuskan kita memohon hidayah untuk yang bukan muslim.
Mengerjakan sesuatu itu Kerana Allah
عن خباب بن الأرت قال: هَاجَرْنَا مَعَ رَسُوْلِ اللهِ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ نَبْتَغِيْ وَجْهَ اللهِ. (الزهد لهناد 2/387 )
"Kami berhijrah bersama Rasulullah di jalan Allah kerana mencari keredhaanya."
Pengajaran :

 Keredhaan Allah menjadi keutamaan dalam kehidupan harian kita.





Pak Ngah (Ust Abu Khair Bin Ayub)
Lepasan Maahad Fatah Islami Damascus, Syria.
Dan kini beliau adalah Mudir Thanawi
di Maahad Tarbiyah Islamiyah Derang,
Pokok Sena Kedah
dan pendakwah bebas.

Label: