DAPATKAN MAJALAH ILHAM EDISI TERBARU 09 - 2009. KINI DI PASARAN.
klik disini untuk ke laman MAJALAH ILHAM
IKUTI PERKEMBANGAN TERKINI DI klik disini untuk ke laman MAJALAH ILHAM


MALIS IDUL ADHA
Tarikh : 11 nov. 2008
Tempat : Rumah PPMS
Mas’ul : ali zainal abidin

HAFLAH TAKHARRUJ
Tarikh : 20 syawal 1430 / 8 okt. 2009
Tempat : Rumah PPMS
Mas’ul : Lajnah Perhubungan

MAJLIS SAMBUTAN IDUL FITRI
Tarikh : 20 syawal 1430 / 8 okt. 2009
Tempat : Rumah PPMS
Mas’ul : Lajnah Perhubungan

KEMASKINI MAKLUMAT AHLI
Tarikh : sepanjang tahun
Mas’ul : Setiausha

BULETIN ILTIZAM
Tarikh : Bulanan
Mas’ul : Lajnah Penerangan

MAJALAH ILHAM
Tarikh : 4 bulan sekali
Mas’ul : Wan Muhammad

LIQA A’ILIYAH SEMPENA IMTIHAN
Tarikh : Sebelum Imtihan
Tempat : Rumah PPMS
Mas’ul : Lajnah Pendidikan

URUS SUMBANGAN KITAB KE DERANG
Tarikh : tidak bertarikh
Mas’ul : Lajnah Kebajikan

IFTOR JAMAIE
Tarikh : belum ditetapkan
Tempat : belum ditetapkan
Mas’ul : Lajnah Pendidikan

MAJLIS TA’BIN AL MARHUM SYEKH NIAMAT YUSUF
Tarikh : belum ditetapkan
Tempat : belum ditetapkan
Mas’ul : Lajnah Pendidikan

MAKLUM NATIJAH IMTIHAN
Tarikh : akhir tahun
Mas’ul : Setiausha

MESYUARAT AGUNG PMTIS KE 13
Tarikh : 20 syawal 1430 / 8 okt. 2009
Tempat : Rumah PPMS
Mas’ul : Lajnah Perhubungan





"SESUATU RINTANGAN AKAN MENJADI MUDAH UNTUK DI HADAPI APABILA IA DIANGGAP SEBAGAI PELUANG"

"TIADA REALITI TANPA IMPIAN" -AR RAHIL AYAHNDA UST NIAMAT

"APABILA ANDA SAKIT HATI KEPADA ORANG LAIN, KETAHUILAH.... ANDA TELAH TERKENA PENYAKIT HATI"







Syeikh Yusuf Al- Qardawi
Syeikh Said Ramadhan Al-Bouti
Syeikh Wahbah Az-Zuhayli
Harun Yahya
Syeikh Habib Omar b. Muhammad
Syeikh Abdul Fatah Abu Ghoddah
Syeikh Habib Al Jifri
Syeikh Faisal Mauluwi
Syeikh Abdul Khadir Al-Khatib
Syeikh Muaz Khatib
Syeikh Faisal Mauluwi
Syeikh Abdul Khadir Al-Khatib
SaifulIslam
Suasana di Malaysia
Media Muslim
Portal Ukhuwah
Portal Muslimah
Persatuan Pengguna Islam Malaysia
Teras Keupayaan Melayu
Ulama'



klik disini untuk ke laman MAMTIY

klik disini untuk ke laman PPMS

klik disini untuk ke laman KKDS

klik disini untuk ke laman IRHAMI



Selasa, 16 Disember 2008
Terapi solat
Oleh Ziauddin Sharuddin
zia@bharian.com.my
KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia.
SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian.
Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir.
Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna?
Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia.
Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.
Lebih membanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak tempatan, termasuk seorang bukan Islam. Mereka adalah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok.
Penggerak kajian ini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan melalui geran Jabatan Perdana Menteri (JPM), kajian itu bermatlamat menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan aktiviti otot.
Dr Wan Abu Bakar ketika memperjelaskan kajian itu berkata, mereka adalah jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh manusia dari segi kejuruteraan.
Katanya, kajian itu cuba melihat apa yang sebenar berlaku kepada fizikal dan mental manusia ketika melakukan solat.
“Kajian dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu saya mengkaji aktiviti otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepada gelombang otak ketika solat. Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh,” katanya.
Beliau berkata, hasil kajian mendapati bahawa ada banyak perkara positif apabila seseorang melakukan solat dan ini dimuatkan dalam buku `Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains’ terbitan Jabatan Kejuruteraan Biomedikal. Buku ini mempunyai dua versi, bahasa Melayu dan Inggeris.
Setakat ini, kajian itu adalah yang pertama dilakukan secara saintifik di negara ini. Bagaimanapun, sudah ada beberapa kajian yang sama, tetapi tidak menyeluruh dan lengkap seperti yang dilakukan UM.
Seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud.
Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah.
Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang.
Dr Wan Abu Bakar berkata, kajian sepatutnya berakhir tahun ini, tetapi jabatan mempunyai beberapa cadangan baru bagi memperluaskan kajian itu.
Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat antara orang biasa dan ulama.
“Kajian itu akan mengkaji isyarat otak ulama dan orang biasa ketika bersolat. Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana kita menjangka mereka memahami bahasa al-Quran,” katanya.
Bagaimanapun, katanya sukar untuk mendapat ulama secara sukarela menyertai ujian ini. Beliau memberi jaminan bahawa identiti mereka yang menyertai ujian dirahsiakan dan hanya dinyatakan sampel adalah dari kumpulan tertentu.
Berbanding kajian awal yang mengesahkan solat memberi banyak kebaikan kepada kesihatan manusia, katanya kajian lanjutan memperjelaskan proses solat merawat pelbagai penyakit.
Mengambil Erektil Disfungsi (ED) atau mati pucuk sebagai contoh, katanya kajian awal yang dilakukan mengesahkan bahawa solat memberi kesan positif untuk merawat ED, tetapi mereka ingin mengkaji cara gerakan solat merawat penyakit itu.
Isnin, 1 Disember 2008
dari hashrul utk pmtis
Assalamuaalaikum

Kehadapan semua pembaca semoga berada dalam keadaan yang menyenangkan selalu, ini merupakan kali pertama saya mengirim warkah buat teman-teman yang masih berjuang di bumi Syam, semoga anda semua mendapat apa yang anda cari disana.

Tiada tujuk khusus ingin saya kongsikan pandangan buat teman-teman disana, saya akan menulis apa sahaja yang terlintas difikiran untuk diisikan dalam ruangan emel yang agak terbatas ini. Alhamdulillah setelah 3 tahun kembali dari tanah Syam, dengan bermacam pengalaman yang saya perolehi dari dunia kerjaya dan sebagainya, memang tidak dinafikan dunia realiti lebih mencabar dari dunia belajar, segalanya menuntut azam dan jatidiri yang kuat, cabaran-cabaran yang hadir ada kalanya tidak terduga malah mampu membuat jiwa meronta-ronta. Jika tidak kuat semangat, kita akan layu dipertengahan jalan walaupun pada masa kini semangat kita berkobar bak api yang besar menyala. Biar pun sudah 3 tahun meninggalkan Syam, kenangan di Syam masih terasa hingga kini, bila tersiarnya siaran astro oasis Mawi di bumi Anbiya saya terus menontonnya, rindu pada bumi Syam masih lagi terasa, kehangatan musim panas, kesejukkan yang membuat mulut berasap, bermain salji, talaqqi, kuliah dan sebagainya masih lagi kuat di ingatan saya. Kembali pada rancangan Mawi di bumi Anbiya, saya dapat lihat dengan jelas beberapa orang junior saya tetapi lupa nama yang saya nampak ketika itu ialah Wan Muhammad yang sedang memangku anaknya ,malah classmate saya juga kelihatan seperti Azli kelihatan dirinya makin berisi. Bila lagi kalian semua akan pulang ke Malaysia terutama yang sudah bergelar senior derang di Syam?

Kini saya bekerja sebagai editor bahasa arab di sebuah syarikat penerbitan di Bandar Baru Bangi, syarikat ini dimiliki oleh mamak muslim Malaysia yang sudah tertubuh selama 20 tahun, saya menyelenggara majalah bahasa arab dalam bentuk komik dan info yang pertama di Malaysia, nama majalah ini ialah MAHER, kalau teman-teman semua ingin mengetahui lanjut mengenai majalah ini , bolehlah masuk laman web www.arasmega.com.my atau hantar pada www.majalahmaher.blogspot.com . Alhamdulillah majalah ini mendapat sambutan yang agak baik jualannya melebihi 4000 buah buku sebulan, walaupun sasaran pembaca pada peringkat menengah tetapi pelajar-pelajar universiti juga ada membelinya sebagai buku meningkatkan penguasaan bahasa arab. Tidak dinafikan kini di Malaysia bahasa arab makin menjadi tumpuan untuk dipelajari lebih-lebih lagi sejak J-QAF diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia, sehinggakan UNISEL (universiti industri selangor) mewajibkan mata pelajaran bahasa arab keatas pelajar-pelajarnya. Malah orang Malaysia yang tidak pernah sampai ke negara arab pun sudah pandai menyebut "nasi mandi" agaknya inilah penangan banyak restoran arab yang muncul di Kuala Lumpur, malah senior terawal derang di Syria Ramli Muhammad orang Kuala Ketil juga telah membuka restoran arabnya di jalan gombak berhadapan ong tai kim dengan namanya Restoran Nour Mandee, macam-macam ada dengan harga yang amat jauh berbeza dari restoran arab yang ada di ibukota ini, kerana kebanyakkan restoran arab di K.L ini adalah ekslusif tetapi tidak restoran kawan kita ini, di design cara syria yang mat'am murah kat syria lah.

Bila bercakap mengenai bahasa arab ini, saya galakkan teman-teman disana terutama yang masih baru lagi disana jangan hanya membaca bahasa arab yang ada di kitab-kitab sahaja, bacalah paper arab, tonton berita dan apa juga penggunaan bahasa arab dalam pelbagai cabang perlu diteroka, saya disini selain dari menyelanggara majalah bahasa arab ini, saya juga telah terlibat dalam buku teks bahasa arab tingkatan 2 bagi tahun 2009, memang letih buat buku ini dengan bermacam-macam karenah rakan sekerja, malah karenah yang paling terkejut sekali ialah karenah pegawai kementerian pelajaran bahagian teks bahasa arab di putrajaya, bermacam-macam permintaan tak masuk akal dimintanya atas alasan untuk menyenangkan pelajar, paling saya ingat ianya, perkataan "akthar" pegawai tersebut mengatakan apabila dimasukan huruf jar pada perkataan itu perlulah dimajrurkan, pelik bin ajaib tapi itulah yang berlaku, pegawai tersebut merupakan lulusan jordan, hinggakan perkataan "isnatain" pegawai itu kata tidak pernah dijumpai katanya, banyak lagi contoh-contoh yang boleh diberikan tapi cukuplah setakat ini. Pembuatan buku teks tersebut memang benar-benar mencabar hingga memaksa saya menyemak kembali buku-buku nahu sorof, kamus dan sebagainya sebagai mengesahkan apa yang dicari. Ini adalah sebahagian contoh buat kita jika tidak menggunakan peluang yang ada disana untuk mendalami bahasa arab, bahasa arab akan dipelihara keasliannya oleh orang yang benar-benar tahu menggunakannya walaupun dalam keadaan yang asas.

Rasanya cukup disini dahulu, insya'allah ada kelapangan kita akan berjumpa lagi dilain masa, moga kalian berjaya dengan pengajian kalian disana, jika ingin menemui saya buka alamat ini www.abuzaidane.blogspot.com ,ma'as salamah, bi syu fak ba'ad. Sekian, wassalam.

Label:

tolong semak status kuliah dakwah islamiah abo nour..
Askum...ana Farizal Bin Lazim, graduan kuliah dakwah 1999-2003 ingin minta tolong kawan2 sekalian.

ana tahu ijazah abo nour tu dikeluarkan oleh sebuah uni di Libya, tapi masalahnya "Apa Nama Universiti tu?" Sebab kalo antum rujuk semula ijazah abu nour tu di bahagian letterheadnya tidak ada tulis nama universiti pun, yang ada hanya ditulis "Kulliyah Dakwah Islamiah" sahaja yang ditulis. Ini menimbulkan keraguan JPA di mana mereka tanya
ijazah ini dikeluarkan dari uni mana? Apa nama universitinya? Adakah nama universiti itu "Kulliyyah Dakwah Isamiah"? yang membawa maksud Kolej Universiti? Ini yang ana konfius ni...

Sebab itu ana minta tolong antum semak dan selidik status kuliah ini. Sekarang ana hadapi masalah kerana ijazah abu nour kuliah dakwah ana tu tidak mendapat pengiktirafan JPA kerana beberapa sebab. Pertama : Status Universiti tidak diketahui. Kedua : Pengajian berkembar tidak boleh diiktiraf. Ketiga : Tidak ada satu surat rasmi dari uni di Libya cawangan kuliah dakwah tu yang boleh dijadikan rajukan yang muktamad.

Kali terakhir pengiktirafn diberi kepada graduan kuliah dakwah adalah pada tahun 2001 group Meor Nazri pelajr dari perak. Selepas tu dah tak dapat lagi kerana sebab2 yang ana sebutksan di atas.

Ana harap Azli atau Zulfadzli boleh semak atau tolong ana Allah yu'tika alf 'afiyah...
PMTIS maju jaya...

Label: