Khamis, 17 September 2009
TSABIT BIN QAIS BIN SYAMASYS – Siri 2
TEBUS TALAK? عن ابن عباس، قال: جَاءَتِ امْرَأَةُ ثَابِتٍ بْنِ قَيْسٍ بْنِ شَمَاس إِلَى رَسُوْلِ اللهِ صلى الله عليه وسلم، فقالتْ: يَا رَسُوْلَ اللهِ، مَا أَعْتَبُ عَلَيْهِ فِيْ خُلُقٍ، وَلاَ دِيْنٍ، وَلَكِنِّيْ أَكْـَرُه الْكُفْرَ فِي اْلإِسْلاَمِ. فَقَالَ رَسُـوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: أَتَرُدِّيْـنَ عَلَيْـهِ حَدِيْقَتَهُ؟» قالت: نَعَمْ. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: «اِقْبِلِ الْحَدِيْقَةَ، وَطَلِّقْهَا تَطْلِيْقَةً» [البخاري (5273) والنسائي (6/169)]. Dari Ibnu Abbas berkata: Telah datang isteri Tsabit kepada Rasulullah dan mengadu kepadanya: Wahai Rasulullah aku tidak mencerca Tsabit kerana akhlaknya dan bukan terhadap agama akan tetapi aku tidak suka kufur dalam Islam. Tanya Rasulullah: “Adakah kamu bersedia kembalikan kebunnya”? Ya! (lalu Nabi memanggil Tsabit dan mengarahkan). “Terimalah kebun itu dan ceraikan dia dengan dengan satu talak.” Pengajaran: a. Manusia itu tidak akan terlepas dari salah dan silap. b. Tuntutan (tebus talak) yang terbaik itu ialah tidak melebihi mas kahwin. IBU TIDAK MENYUSU ANAK روى إسماعيل بن محمد بن ثابت بن قيس بن شماس عن أبيه : أَنَّ أَبَاهُ ثَابِتٍ بْنِ قَيْسٍ فَارَقَ أُمَّهُ جَمِيْلَةَ بِنْتَ أُبَي وَهِيَ حَامِلٌ بِمُحَمَّدٍ فَلَمَّا وُلِدْتُ حَلِفَتْ أَنْ لاَ تُلَبِّنَهُ بِلَبَنِهَا. فَجَاءَ بِهِ ثَابِتٌ إِلَى رَسُوْلِ اللهِ صلى الله عليه وسلم فِيْ خِرْقَةٍ وَأَخْبَرَهُ بِالْقِصَّةِ فَقَالَ: أُدْنُهُ مِنِّيْ. فَأَدْنَيْتُهُ مِنْهُ فَبَزَقَ فِيْ فِيْهِ وَسَمَّاهُ مُحَمَّدًا وَحَنَّكَهُ بِتَمْرَةٍ عَجْوَةٍ وَقَالَ: اِذْهَبْ بِهِ فَإِنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ رَازِقُهُ. أخرجه الثلاثة في أسد الغابة - 1/ 981 Ismail bin Muhammad bin Tsabit bin Qais dari meriwayatkan bahawa ayahnya Qais telah bercerai dengan ibunya Jamilah binti Ubai sedang dalam keadaan hamil akan Muhammad. Setelah melahirkannya maka ibunya bersumpah tidak mahu menyusu anaknya itu. Lalu Tsabit membawa anak tersebut bertemu Rasulullah dalam lampin dan menceritakan kisah yang berlaku. Sabda Rasulullah: “Bawakannya kepada aku” maka Tsabit berikan anak itu kepada Rasulullah dan dimasukan air liur ke dalam mulutnya dan memberi namanya Muhammad serta tahnik dengan buah tamar `ajuwah. Sabda baginda: “Bawa budak ini bersamamu sesungguhnya Allah yang memberi rezeki kepadanya. Pengajaran: a. Tahnik bayi baru lahir adalah sunnah b. Muhammad adalah antara nama terbaik untuk anak-anak kita. c. Kelebihan buah tamar ADAKAH KECANTIKAN ITU TAKBUR? قول ثابت بن قيس بن شماس إِنِّيْ امْرُؤٌ قَدْ حُبِّبَ إِلَيَّ مِنَ الْجَمَالِ مَا تَرَى أَفَمِنَ الْكِبْرِ هُوَ؟ فَقَالَ صلى الله عليه وسلم: "لاَ وَلكِنَّ الْكِبَرَ مَنْ بَطَرَ الْحَقَّ وَغَمْضِ النَّاس. أخرجه مسلم والترمذي Tsabit bin Qais seorang yang suka kepada kekemasan dan kecantikan adakah itu dari sifat sombong? Sabda baginda: “Tidak. Tetapi sombong itu ialah orang yang menentang kebenaran dan memperlekehkan orang lain”. Pengajaran : a. Islam menganjurkan kekemasan berpakaian serta rupadiri yang segak menjadi sunnah b. Mencela kesombongan dan menghina orang lain. Rasulullah s.a.w. adalah contoh terbaik bagi seluruh menusia dari sekecil–kecil dan sebesar-besar pangkat. Sebagai bukti renungkan kisah ini : DIZIARAHI OLEH RASULULLAH S.A.W. عن يوسف بن محمد بن ثابت بن قيس بن شماس عن أبيه عن جده رضي الله عنه عن النبي أَنَّهُ دَخَلَ عَلَيْهِ وَهُوَ مَرِيْضٌ فَقَالَ: اِذْهَبِ الْبَأْسَ رَبَّ النَّاسِ عَنْ ثَابِتٍ بْنِ قَيْسٍ بْنِ شَمَاس ثُمَّ أَخَذَ تُرَابًا مِنْ بَطْحَان فِيْ قَدَحٍ فِيْهِ مَاءٌ فَصَبَّ عَلَيْهِ. ( تهذيب الكمال جـ34 / 553) Dari Yusuf bin Tsabit bin Qais bin Syamasy dari bapanya dari datuknya bahawa Nabi s.a.w. menziarahinya ketika sakit dan bersabda: “Wahai Tuhan manusia hilangkan sakit dari Tsabit bin Qais” kemudian Rasulullah mengambil tanah dari Bat-han (lembah di Madinah) ke dalam mangkuk dan dicampurkan dengan air kemudian disapu ke atasnya. Pengajaran: a. Hak seorang muslim ke atas saudaranya yang muslim ialah menziarahinya ketika sakit. b. Mendoakan kesejahteraan kepada pesakit adalah sunnah. KELEBIHAN TSABIT عن عبد الله بن عبيدالله الانصاري قال: كُنْتُ فِيْمَنْ دَفَنَ ثَابِتَ بْنِ قَيْسٍ بْنِ شَمَاس وَكَانَ قُتِلَ بِالْيَمَامَةِ فَسَمِعْنَاهُ حِيْنَ أَدْخَلْنَاهُ فِي الْقَبْرِ يَقُوْلُ مُحَمَّدٌ رَسُوْلُ اللهِ أَبُوْبَكْرٍ الصِّدِّيْقُ عُمَرُ الشَّهِيْدُ عُثْمَانُ الْبِرُّ الرَّحِيْمُ فَنَظَرْنَا فَإِذَا هُوَ مَيِّتٌ. (مختصر تاريخ دمشق 1/2195) Dari Abdullah bin Ubaidillah berkata: “Aku antara orang yang mengkebumi-kan Tsabit yang syahid dalam peperangan Yamamah tiba-tiba kami terdengar suaranya ketika memasuk-kannya ke dalam kubur berkata:- Muhammad itu utusan Allah, Abu Bakar as-shiddiq, Umar Al-Khatab yang syahid dan Osman yang menyambung silaturrahim.- Kami melihat kepadanya sedang beliau adalah mayat.
Label: BERSAMA PAK NGAH DERANG |
