Isnin, 17 Ogos 2009
TSABIT BIN QAIS BIN SYAMASYS – Siri 1
SIAPA TSABIT BIN QAIS BIN SYAMASYS? Diberi gelaran Abu Muhammad. Beliau seorang sahabat yang banyak berkorban untuk Islam, sangat mencintai Rasulullah, mengikuti semua peperangan bersama Baginda s.a.w., bersuara yang kuat, dari kaum Ansor kabilah Khazraj yang beriman dan antara wajah mukminin Yasrib yang terbilang dari kalangan As-sabiqin. Ibundanya pula berasal dari Toyyi. Kembali menemui Rabbul Jaleel pada tahun ke 12 Hijrah di zaman pemerintahan Kalifah Abu Bakar As-shiddiq. TSABIT BIN QAIS DILANTIK MENJADI KHATIB. Beliau menerima Islam setelah terdengar Al-Quran yang dibacakan oleh Mus`ab bin Umair pendakwah dari Makkah yang dibacakan dengan nagham dan tartil yang menarik, Allah membuka hatinya kepada Iman dan menerima Islam. Sesampai baginda s.a.w. di Madinah beliau disambut oleh penduduk Madinah dengan gembiranya, ada yang berkenderaan dan berjalan kaki. Tsabit antara mereka yang berkuda menyambut baginda s.a.w. dan membuat ucapan di hadapan Rasulullah yang bermula dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada beginda. Di penghujung ucapannya : “Sesunguhnya kami berjanji kepada kamu – wahai Rasulullah – akan kami membela kamu sepertimana kami membela diri kami, anak-anak kami dan isteri- isteri kami. Maka apa balasan untuk kami kerana yang demikian itu?” Jawab Rasulullah: الجنة" ( syurga ). Kalimah syurga mengetuk gegendang telinga mereka maka terukir pula kegembiraan di wajah para sahabat dan mereka menjawab : رَضِيْنَا يَا رَسُوْلَ اللهِ...رَضِيْنَا يَا رَسُوْلَ اللهِ.. kami redho wahai Rasulullah… kami redho wahai Rasulullah… Bermula dari hari itu beliau (Tsabit) dilantik menjadi Khatib Rasulullah sebaris dengan penyair baginda Hassan bin Tsabit. Tsabit mempunyai keimanan yang tebal, ketaqwaan yang tinggi, sangat takut dan berhati-hati terhadap larangan serta mudah terasa dengan peringatan Allah. Pengajaran: a. Meraikan tetamu adalah sunnah muthohharah (السنة المطهرة ) b. Ganjaran syurga idaman para sahabat KECEWA DENGAN KELANTANGAN SUARA عن إسماعيل بن ثابت أن ثابت بن قيس الأنصاري قال : يا رسول الله لَقَدْ خَشِيْتُ اَنْ أَكُوْنَ قَدْ هَلَكْتُ. قَالَ: وَلِمَ؟ قَالَ؟ نَهَانَا اللهُ أَنْ نَتَحَمَّدَ بِمَا لَمْ نَفْعَلْ وَأَجِدُنِيْ أُحِبُّ الْحَمْدَ، وَنَهَانَا عَنِ الْخُيَلاَءِ وَأَجِدُنِيْ أُحِبُّ الْجَمَالَ، وَنَهَانَا اللهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى اَنْ نَرْفَعَ أَصْوَاتَنَا فَوْقَ صَوْتِكَ وَأَنَا امْرُؤٌ جَهِيْرُ الصَّوْتِ. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: يَا أَبَا ثَابِت، أَلاَ تَرْضَى أَنْ تَعِيْشَ حَمِيْدًا وَتُقْتَلَ شَهِيْدًا وَيُدْخِلَكَ اللهُ الْجَنَّةَ؟ قال: بَلَى يَا رَسُوْلَ اللهِ، قَالَ: فَعَاشَ حَمِيْدًا وَقُتِلَ شَهِيْدًا يَوْمَ مُسَيْلَمَةَ الْكَذَّابِ. (الجهاد لابن المبارك جـ1/102 ) Dari Tsabit r.a: aku bertanya kepada Rasulullah: Ya Rasulullah! Aku takut menjadi orang yang celaka. Rasulullah bertanya: “Mengapa”? Jawabku: Allah melarang kami dipuji apabila perkara itu tidak dilakukannya sedang aku mendapati diriku ini suka kepada pujian. Allah melarang kami dari bersifat sombong sedangkan aku suka berpakaian cantik–cantik. Allah melarang kami mengangkat suara melebihi suara kamu sedang aku seorang yang bersuara nyaring. Kata Rasulullah: “Wahai Tsabit! Tidakkah kamu redho bahawa kamu hidup dalam keadaan dipuji, mati sebagai syahid dan Allah memasukkan kamu ke dalam syurga”? Jawab Tsabit: Bahkan ya Rasulullah. Maka hidupnya sentiasa dipuji dan mati Syahid di hari pertempuran dengan tentera Musailamah. Pengajaran: a. Memuji seseorang tidak ditegah oleh syarak tetapi mengerjakan sesuatu itu kerana hendak dipuji adalah ditegah. b. Umat Islam dituntut supaya beradab dengan Rasulullah. AKUR DENGAN PERINGATAN ALLAH. عن أنس بن مالك قال لما نزلت (يَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا لاَ تَرْفَعُوْا أَصْوَاتَكُمْ فَوْقَ صَوْتِ النَّبِيِّ -إلى قوله- وَأَنْتُمْ لاَ تَشْعُرُوْنَ) قال: قال ثابت بن قيس: أَنَا وَاللهِ الَّذِيْ كُنْتُ أَرْفَعُ صَوْتِيْ عِنْدَ رَسُوْلِ اللهِ صلى الله عليه وسلم وَأَنَا أَخْشَى أَنْ أَكُوْنَ مِنْ أَهْلِ النَّارِ. فَقَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم: بَلْ هُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ. قال: فَكُنَّا نَرَاهُ يَمْشِيْ بَيْنَ أَظْهُرِنَا رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ. اسناده صحيح Dari Anas Bin Malik menceritakan bahawa ketika turunnya ayat : يا أيها الذين آمنوا لا ترفعوا أصواتكم فوق صوت النبي- إلى قوله - وأنتم لا تشعرون Jangan tinggikan suara kamu melebihi suara Nabi … hingga.. Sedangkan kamu tidak ketahui. Kata Tsabit akulah orang yang tinggi suara di sisi Rasulullah s.a.w. maka aku bimbang bahawa aku dijadikan dari ahli neraka. Maka Nabi sabda: “Bahkan beliau dari Ahli Syurga”. Kata Anas: kami melihatnya berjalan sebagai ahli Syurga. Pengajaran: a. Insan mukmin mestilah akur dengan peringatan Allah. b. Seorang muslim itu dianjurkan supaya tidak tinggi suaranya.
Label: BERSAMA PAK NGAH DERANG |
