Rabu, 17 Februari 2010
U’QBAH BIN `AMIR – Siri 1
PENGENALAN U’qbah bin Amir bin A’bas bin A’di bin A’mr bin Rifa’ah bin Maudua’ah bin A’di bin Ghanam bin Ar-Riba’ah bin Rusdan bin Qais bin Juhainah Al-Juhany. Gelaran: Abu Hammad dan ada gelaran lain yang dikenali : Abu Labid, Abu A’mr, Abu A’bas, Abu Asad, Abu Asid ISLAM AGAMA PILIHAN Beliau adalah pengusaha ternakan kambing ketika baginda tiba di Madinah beliau masih sibuk dengan ternakan itu, tetapi setelah mengetahui bahawa baginda di Madinah maka beliau meninggalkan kambing tersebut dan pergi bertemu Rasulullah lalu berbaia’t. Tanya baginda : “ Kamu siapa ?” setelah beliau memperkenalkan dirinya kepada baginda dan memohon untuk bai’at. Kata Rasulullah : “ Yang mana satu baia’t yang kamu mahu adakah baia’t orang arab atau baia’t hijrah?” Baia’t hijrah . kata U’qbah. Riwayat Ahmad PERAWI YANG MENGAMBIL HADITH DARIPADANYA. Dari Sahabat : Ibn Abbas, Abu Abbas, Abu Ayyub,Abu Umamah dan lain-lain Dari Tabi’een : Abu Khair, Ali bin Robah, Abu Qabiil , Said bin Musyaiyib dan lain-lain. KELEBIHANNYA KETIKA BERSAMA RASULULLAH & SAHABAT. 1. Beliau seorang sahabat dan panglima jihad yang mengikuti peperangan bersama Rasulullah S.A.W. dan para sahabat. 2. Berkhidmat kepada baginda S.A.W. sebagai pemandu dan pengawal kenderaan Rasulullah ketika musafir. 3. Suaranya merdu khasnya apabila membaca Al- Quran dan sangat mementingkan ilmu serta kerja-kerja jihad. 4. Seorang pakar rujuk dalam ilmu faraid khasnya di zaman Abu Bakar sebagai khalifah dan 5. Pahlawan yang membuka Damsyik dan Mesir, dizaman khilafah Umar Al-Khatab dan beliau ditugaskan sebagai pembawa berita kepada Umar. 6. Ketika peristiwa fitnah dikalangan muslimin berlaku maka perbezaan pendapat antara Saidina Ali dan Mu’awiyah bin Abi Sofian mengundang peperangan Siffin maka beliau berpihak kepada Mu’awiyah. 7. Menjadi amir kerajaan Umawiyyah di Mesir mengantikan U’tbah bin Abi Sofian (th44) saudara Mua’wiyah dan beliau dapat mengurusnya dengan baik sehingga sekali lagi diamanah memimpin pasukan membuka Rudus yang terletak di selatan Turkey. Manakala tugasnya sebagai amir di Mesir dipangku oleh Maslamah bin Makhlad (th47). Selepas dua tahun tiga bulan beliau menerajui Mesir kemudian beliau bersama dengan tentera Yazid bin Mua’wiyah mengepong Qastantin ( Istambul ) tempat syahidnya Abu Ayyub Al-Ansori dan selepas itu kembali semula ke Mesir. 8. Sebanyak lima puluh lima hadiths yang di riwayatkan darinya. Maka untuk manfaat bersama di perturunkan sepuluh buah hadiths Bayangkan betapanya para sahabat mereka mengharungi kepayahan dan kesulitan padang pasir, kenderaan yang tidak selesa dan kemudahan yang tidak seperti kita lihat pada hari ini tetapi mereka sangup menghadapinya demi untuk melihat Islam dijulang dan syurga ganjarannya. WAKTU YANG DILARANG BERSOLAT. وعن عقبة بن عامر، قال: ثَلاَثُ سَاعَاتٍ، نَهَانَا رَسُوْلُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَنْ نُصَلِّيَ فِيْهِنَّ، وَأَنْ نَقْبُرَ فِيْهِنَّ مَوْتَانَا؛ حِيْنَ تَطْلُعُ الشَّمْسُ بَازِغَةً، حَتْى تَرْتَفِعَ، وَحِيْنَ يَقُوْمُ قَائِمٌ الظَّهِيْرَةَ، وَحِيْنَ تَضَيَّفَ لِلْغُرُوْبِ، حَتَّى تَغْرُبَ. رواه الجماعة، إلا البخاري. [مسلم (832) والترمذي (1030) والنسائي (202) وابن ماجه (1519)]. Kata U’qbah R.A : Tiga waktu Rasulullah melarang kami daripada solat dan mengkebumikan mayat . Ketika matahari sedang naik sehingga tinggi segalah, waktu tengahari dan matahari hendak terbenam sehingga tebenam. Pengajaran : Islam mengajarkan kita supaya berdisiplin. KEWAJIPAN SURAH AL-FATIHAH DIDALAM SOLAT عن عقبة بن عامر الجهني عن أبي أمامة الباهلي عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال :كُلُّ صَلاَةٍ لاَ يُقْرَأُ فِيْهَا بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ فَهِيَ خَدَاجٌ فَهِيَ خَدَاجٌ غَيْرُ تَمَامٍ. (ابن ماجه 838 تاريخ بغداد 5/203) Setiap solat yang tidak membaca Fatihah maka solatnya akan menjadi tempang dan tidak sempurna. Pengajaran : Membaca fatihah adalah rukun solat yang wajib dan sunat tanpanya solat tidak sah. Solat Ke atas Syuhada’ عن عقبة بن عامر، أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه و سلم خَرَجَ يَوْمًا، فَصَلَّى عَلَى أَهْلِ أُحُدٍ صَلاَتَهُ عَلَى الْمَيِّتِ بَعْدَ ثَمَانِي سِنِيْنَ، كَالْمُوَدَّعِ لِلأَحْيَاءِ وَاْلأَمْوَاتِ. [البخاري (4085)]. Rasulullah S.A.W. keluar pada satu hari ke perkuburan syuhada Uhud selepas lapan tahun dan solat keatas mereka sebagai solat perpisahan bagi yang hidup dan yang mati. Pengajaran : Solat keatas jenazah adalah wajib walaupun mereka syahid. KELEBIHAN SURAH AL-IKHLAS, AL-FALAQ DAN AN-NAS. عن عقبة بن عامر الجهني أَنَّهُ قَالَ: بَيْنَمَا أَنَا أَقُوْدُ بِرَسُوْلِ اللهِ صلى الله عليه وسلم رَاحِلَتَهُ فِيْ غَزْوَةٍ. قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: قُلْ يَا عُقْبَةُ. قُلْتُ: مَا أَقُوْلُ قَالَهَا الثَّالِثَةَ. قُلْتُ مَا أَقُوْلُ. قَالَ: قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ فَقَرَأَ السُّوْرَةَ حَتَّى خَتَمَهَا، ثُمَّ قَرَأَ قُلْ أَعُوْذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ وَقَرَأْتُ مَعَهُ حَتَّى خَتَمَهَا ثُمَّ قَرَأَ قُلْ أَعُوْذُ بِرَبِّ النَّاسِ وَقَرَأْتُ مَعَهُ حَتَّى خَتَمَهَا ثُمَّ قَالَ مَا تَعَوَّذَ بِمِثْلِهِنَّ. ( رواه النسائي 5447 تهذيب الكمال 15 /62 ) Dari U’qbah berkata : sedang aku memimpin kenderaan tungangan Rasulullah dalam satu peperangan tiba-tiba baginda Rasulullah S.A.W. mengarahkan: “katakanlah oleh mu” Tanya u’qbah : apa yang hendak aku katakana wahai Rasulullah? ( diulang arahan itu tiga kali ) sehingga kali ketiga beliau terus bertanya apa yang hendak aku katakan wahai Rasulullah? Sabda Baginda : قل هو الله أحد Baginda membacanya sehingga akhirnya dan membacaقل أعوذ برب الفلق hingga akhirnya, maka aku membacanya bersama Baginda hingga akahirnya. Kemudiaan baginda membaca قل أعوذ برب الناس dan aku membaca bersama sehingga akahir. Sabda baginda “tidak ada fadilat yang lebih besar sepertinya. Pengajaran : Membaca surah Al-Ikhlas sekali sama sepertiga Al-Quran. Surah An-Naas dan Al-Falaq memelihara dari kejahatan jin dan manusia
Label: BERSAMA PAK NGAH DERANG |
