DAPATKAN MAJALAH ILHAM EDISI TERBARU 09 - 2009. KINI DI PASARAN.
klik disini untuk ke laman MAJALAH ILHAM
IKUTI PERKEMBANGAN TERKINI DI klik disini untuk ke laman MAJALAH ILHAM


MALIS IDUL ADHA
Tarikh : 11 nov. 2008
Tempat : Rumah PPMS
Mas’ul : ali zainal abidin

HAFLAH TAKHARRUJ
Tarikh : 20 syawal 1430 / 8 okt. 2009
Tempat : Rumah PPMS
Mas’ul : Lajnah Perhubungan

MAJLIS SAMBUTAN IDUL FITRI
Tarikh : 20 syawal 1430 / 8 okt. 2009
Tempat : Rumah PPMS
Mas’ul : Lajnah Perhubungan

KEMASKINI MAKLUMAT AHLI
Tarikh : sepanjang tahun
Mas’ul : Setiausha

BULETIN ILTIZAM
Tarikh : Bulanan
Mas’ul : Lajnah Penerangan

MAJALAH ILHAM
Tarikh : 4 bulan sekali
Mas’ul : Wan Muhammad

LIQA A’ILIYAH SEMPENA IMTIHAN
Tarikh : Sebelum Imtihan
Tempat : Rumah PPMS
Mas’ul : Lajnah Pendidikan

URUS SUMBANGAN KITAB KE DERANG
Tarikh : tidak bertarikh
Mas’ul : Lajnah Kebajikan

IFTOR JAMAIE
Tarikh : belum ditetapkan
Tempat : belum ditetapkan
Mas’ul : Lajnah Pendidikan

MAJLIS TA’BIN AL MARHUM SYEKH NIAMAT YUSUF
Tarikh : belum ditetapkan
Tempat : belum ditetapkan
Mas’ul : Lajnah Pendidikan

MAKLUM NATIJAH IMTIHAN
Tarikh : akhir tahun
Mas’ul : Setiausha

MESYUARAT AGUNG PMTIS KE 13
Tarikh : 20 syawal 1430 / 8 okt. 2009
Tempat : Rumah PPMS
Mas’ul : Lajnah Perhubungan





"SESUATU RINTANGAN AKAN MENJADI MUDAH UNTUK DI HADAPI APABILA IA DIANGGAP SEBAGAI PELUANG"

"TIADA REALITI TANPA IMPIAN" -AR RAHIL AYAHNDA UST NIAMAT

"APABILA ANDA SAKIT HATI KEPADA ORANG LAIN, KETAHUILAH.... ANDA TELAH TERKENA PENYAKIT HATI"







Syeikh Yusuf Al- Qardawi
Syeikh Said Ramadhan Al-Bouti
Syeikh Wahbah Az-Zuhayli
Harun Yahya
Syeikh Habib Omar b. Muhammad
Syeikh Abdul Fatah Abu Ghoddah
Syeikh Habib Al Jifri
Syeikh Faisal Mauluwi
Syeikh Abdul Khadir Al-Khatib
Syeikh Muaz Khatib
Syeikh Faisal Mauluwi
Syeikh Abdul Khadir Al-Khatib
SaifulIslam
Suasana di Malaysia
Media Muslim
Portal Ukhuwah
Portal Muslimah
Persatuan Pengguna Islam Malaysia
Teras Keupayaan Melayu
Ulama'



klik disini untuk ke laman MAMTIY

klik disini untuk ke laman PPMS

klik disini untuk ke laman KKDS

klik disini untuk ke laman IRHAMI



Ahad, 17 Januari 2010
Rabee’ah bin Ka'ab - MASYAA'ERUL IMAN (Siri 2)
3.Berakhlak dalam perselisihan

Islam mengajarkan kita supaya terus menonjolkan akhlak yang mulia walau dimana tempat atau apa jua keadaan sekalipun kita berada, sendirian atau bersama orang ramai, diketika duka dan sebaliknya. Hal ini dapat kita saksikan dari kisah ini :

Abu Bakar dan Rabeea’h masing – masing mereka telah mendapat sebidang tanah yang berhampiran dikurniakan oleh Rasulullah. Tiba-tiba sepohon kurma yang tumbuh telah menyebabkan dua orang sahabat yang sangat disayangi Baginda itu berselisih. Abu Bakar mendakwa pokok itu kepunyaannya dan Rabeea’h mendakwa bahawa pokok itu miliknya. Tapi ternyata pokok itu tumbuh ditanah Rabeea’h maka Abu Bakar telah melemparkan satu perkataan yang kesat terhadapnya menyebabkan Abu Bakar juga merasa menyesal dengan dengan perkataan itu. Lalu beliau meminta supaya Rabeea’h membalasinya dengan perkataan yang sama tetapi Rabeea’h engan.

Kata Abu Bakar : aku akan adukan perkara ini kepada Rasulullah.

Kata Rabeea’h : kamu lebih tahu.

Maka Abu Bakar pun pergi mendapatkan Rasulullah dan diikuti Rabeea’h dan tidak ketinggalan orang ramai.

Kata orang ramai : semoga Allah merahmati Abu Bakar kerana
beliau yang kata kepada kamu begitu dan beliau juga yang mendakwa keatas kamu ?!

Orang ramai terus berjalan bersama beliau ke kediaman Baginda sambil berjalan Rabeea’h bertanya kepada mereka.

Kata Rabeea’h :
Tahukah kamu siapa ini ?. Inilah Abu Bakar. Orang yang kedua ketika mereka berdua dalam gua Thur, beliau akan bertemu Rasulullah dalam keadaan marah maka Rasulullah juga akan marah kerana beliau marah, allah pula akan marah kerana Rasulnya marah maka akan celakalah Rabeea’h. Jadi baliklah kamu tak payah ikut.

Rabeea’h teruskan pejalanan tetapi Abu Bakar mendahuluinya bertemu Rasulullah. Kisah yang telah berlaku pun telah diceritakan olehnya. Tibanya beliau Rasulullah pun bertanya:
قال لي: يا ربيعة مالك وللصديق
Ya Rabeea’h ! apa dah terjadi pada mu dan As-Sidiq ?

RK : “Ya Rasulullah beliau telah mengatakan sesuatu perkataan
terhadap aku kemudian beliau minta supaya aku mengatakan perkataan yang sama terhadapnya sebagai “qisas” . sedangkan aku tidak mahu mengulangi perkataan itu terhadapnya”.

Sabda Rasulullah : “ ajal” ! jangan kamu kata sepertimana beliau
katakan kepada mu tapi kata lah

يغفر الله لك يا أبا بكر
”semoga Allah mengampuni kamu wahai Abu Bakar”

Tanpa segan dan rasa malu Rabeea’h mengungkapkan perkataan tersebut kepda Abu Bakar. Apabila mendengar saja kalimah tersebut dari mulut Rabeea’h maka tidak ada daya lagi baginya selain dari menangis dan airmata membasahi pipinya .(الطبقات الكبرى 4/313 )

4.Menilai semula keputusan yang tidak tepat
Kerana terlalu cintakan Rasullah dan ingin menumpahkan khidmat kepada Baginda dan kekurangan belanja maka Rabee’h memilih untuk tidak berkahwin. Namun sikap seperti itu tidak disukai Rasulullah bahkan Baginda berpaling darinya ketika beliau berkata :
“Tidak! demi Allah aku tidak mahu berkahwin kerana tidak ada apa yang hendak diberikan kepada perempuan dan supaya aku tidak disibukkan dengan sesuatu ( isteri ) sehingga terputus perkhidmatan aku padamu”
Menyedari tindakannya itu tidak disukai Rasulullah lalu beliau kembali merujuk keputusan yang diambil serta menilai semula dan mengatakan kepada dirinya:
“ Demi Allah Ya Rasulullah kamu lebih mengetahui tentang urusan dunia dan akhiratku”.
Sambil mengharapkan kalau – kalau ada tawaran yang sedemikian dari Rasulullah sekali lagi nescaya aku akan katakan “na’am”. Maka apa yang diharapkan datang buat kesekian kalinya. Rasulullah bertanya lagi :
“ wahai Rabeea’h ! tidak kah kamu mahu kahwin ?”
RK : “bahkan ya Rasulullah! suruhlah dengan apa yang kamu mahu dan dengan apa yang kamu suka”.
Maka beliau diarahkan supaya pergi ke satu keluarga yang tertentu di sebuah perkampungan orang ansor. Sampainya di kampong tersebut beliau disambut mesra :
مرحبا برسول الله صلى الله عليه وسلم وبرسول رسول الله صلى الله عليه وسلم والله لا يرجع رسول رسول الله صلى الله عليه وسلم إلا بحاجته
“selamat datang dengan Rasulullah dan utusan Rasulullah demi Allah tidak akan balik utusan Rasulullah kecuali hajatnya mesti ditunaikan”

Hajatnya di selesaikan oleh masyarakat tersebut, keluaga pengantin perempuan dicari dan anak dara dicadangkan pun dapat dan dikahwinkan dengannya tanpa di tentukan mas kahwin. Selesai sudah beliau pun balik menemui orang yang dicintai namun hatinya tidak gembira bahkan dalam keadaan dukacita. Tanya Rasulullah:
؟ ما بالك “apa pula dengan kamu ni”
RK: “Ya Rasulullah aku telah pun mendatangi kaum itu mereka telah melayaniku dan mengahwinkan aku tanpa menanyakan mas kahwin dan di mana pula hendak aku dapatkannya?”

Untuk menyelesaikan perkara tersebut Rasulullah meminta Buraidah Al Aslami supaya himpun dari orang ramai. Cukup mas kahwin yang dihimpun maka dibawa kepada keluarga Isterinya dan mereka terima dengan rela hati .”
Tidak selesai hanya mas kahwin tetapi bagaimana dengan kenduri?. Maka sekali lagi Rasulullah meminta dari Buraidah Al Aslami supaya kumpulkan dari orang ramai.Tugas ini dilaksanakan dengan relanya sehingga dapat seekor kibas yang gemuk dan adapun gandum rasullah sendiri yang menyumbang melalui A’isyah. Gandum dan kibas dibawa kepada keluarga perempuan maka gandum pun di buat roti dan kibas disembeleh , jadilah hidangan kenduri hari itu roti dimakan dengan daging kibas. Rasulullah antara tetamu yang hadir.
( البداية والنهاية 5/335 )

عن ربيعة بن كعب الأسلمي قال: كنت أبيت عند باب حجرة رسول الله صلى الله عليه وسلم فكنت أسمع رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا قام من الليل يصلي يقول: “سبحان الله رب العالمين “الهوي ( وفيه: " كنت أسمعه الهوي من الليل " الهوي بالفتح الحين الطويل من الزمان وقيل هو مختص بالليل. ثم يقول: سبحان ربي العظيم وبحمده الهوي ( ابن ماجه 3879 )
وفاته:
لما توفي رسول الله صلى الله عليه وسلم نزل على بريد من المدينة مكان قريب من المدينة فلم يزل بها حتى مات بعد الحرة سنة ثلاث وستين
المراجع:
.
ومنهم رضي الله عنه هم ربيعة بن كعب الأسلمي أبو فراس قال الأوزاعي حدثني يحيى بن ابي كثير عن أبي سلمة عن ربيعة بن كعب قال كنت أبيت مع رسول الله صلى الله عليه وسلم فآتيه بوضوئه وحاجته فكان يقوم من الليل فيقول سبحان ربي وبحمده الهوي سبحان رب العالمين الهوي (البداية والنهاية 5 / 334 )
ربيعة بن كعب أبو فراس الأسلمي المدني من أصحاب الصفة . خدم النبي صلى الله عليه وسلم ونزل بعد موته على بريد من المدينة له أحاديث
روى عنه : أبو سلمة بن عبد الرحمن ونعيم المجمر ومحمد بن عمرو بن عطاء وأبو عمران الجوني
توفي أيام الحرة وهو الذي قال للنبي صلى الله عليه وسلم : أسأل مرافقتك في الجنة فقال : " أعني على نفسك بكثرة السجود " (تاريخ اسلام 1/585 )

عن ابي فراس ربيعة بن كعب الاسلمى خادم رسول الله صلى الله عليه وسلم، ومن اهل الصفة رضي الله عنه قال‏:‏ ‏"‏ كنت ابيت مع رسول الله صلى الله عليه وسلم، فاتيه بوضوئه، وحاجته فقال‏:‏ ‏"‏سلني‏"‏ فقلت‏:‏ اسالك مرافقتك في الجنة‏.‏ فقال‏:‏ ‏{‏ اوغير ذلك‏؟‏‏"‏ قلت‏:‏ هو ذاك قال‏:‏ ‏"‏ فاعني على نفسك بكثرة السجود‏"‏ ‏(‏‏(‏رواه مسلم‏)‏‏)‏‏.‏ ( رياض الصالحين 106 )





Pak Ngah (Ust Abu Khair Bin Ayub)
Lepasan Maahad Fatah Islami Damascus, Syria.
Dan kini beliau adalah Mudir Thanawi
di Maahad Tarbiyah Islamiyah Derang,
Pokok Sena Kedah
dan pendakwah bebas.

Label: