DAPATKAN MAJALAH ILHAM EDISI TERBARU 09 - 2009. KINI DI PASARAN.
klik disini untuk ke laman MAJALAH ILHAM
IKUTI PERKEMBANGAN TERKINI DI klik disini untuk ke laman MAJALAH ILHAM


MALIS IDUL ADHA
Tarikh : 11 nov. 2008
Tempat : Rumah PPMS
Mas’ul : ali zainal abidin

HAFLAH TAKHARRUJ
Tarikh : 20 syawal 1430 / 8 okt. 2009
Tempat : Rumah PPMS
Mas’ul : Lajnah Perhubungan

MAJLIS SAMBUTAN IDUL FITRI
Tarikh : 20 syawal 1430 / 8 okt. 2009
Tempat : Rumah PPMS
Mas’ul : Lajnah Perhubungan

KEMASKINI MAKLUMAT AHLI
Tarikh : sepanjang tahun
Mas’ul : Setiausha

BULETIN ILTIZAM
Tarikh : Bulanan
Mas’ul : Lajnah Penerangan

MAJALAH ILHAM
Tarikh : 4 bulan sekali
Mas’ul : Wan Muhammad

LIQA A’ILIYAH SEMPENA IMTIHAN
Tarikh : Sebelum Imtihan
Tempat : Rumah PPMS
Mas’ul : Lajnah Pendidikan

URUS SUMBANGAN KITAB KE DERANG
Tarikh : tidak bertarikh
Mas’ul : Lajnah Kebajikan

IFTOR JAMAIE
Tarikh : belum ditetapkan
Tempat : belum ditetapkan
Mas’ul : Lajnah Pendidikan

MAJLIS TA’BIN AL MARHUM SYEKH NIAMAT YUSUF
Tarikh : belum ditetapkan
Tempat : belum ditetapkan
Mas’ul : Lajnah Pendidikan

MAKLUM NATIJAH IMTIHAN
Tarikh : akhir tahun
Mas’ul : Setiausha

MESYUARAT AGUNG PMTIS KE 13
Tarikh : 20 syawal 1430 / 8 okt. 2009
Tempat : Rumah PPMS
Mas’ul : Lajnah Perhubungan





"SESUATU RINTANGAN AKAN MENJADI MUDAH UNTUK DI HADAPI APABILA IA DIANGGAP SEBAGAI PELUANG"

"TIADA REALITI TANPA IMPIAN" -AR RAHIL AYAHNDA UST NIAMAT

"APABILA ANDA SAKIT HATI KEPADA ORANG LAIN, KETAHUILAH.... ANDA TELAH TERKENA PENYAKIT HATI"







Syeikh Yusuf Al- Qardawi
Syeikh Said Ramadhan Al-Bouti
Syeikh Wahbah Az-Zuhayli
Harun Yahya
Syeikh Habib Omar b. Muhammad
Syeikh Abdul Fatah Abu Ghoddah
Syeikh Habib Al Jifri
Syeikh Faisal Mauluwi
Syeikh Abdul Khadir Al-Khatib
Syeikh Muaz Khatib
Syeikh Faisal Mauluwi
Syeikh Abdul Khadir Al-Khatib
SaifulIslam
Suasana di Malaysia
Media Muslim
Portal Ukhuwah
Portal Muslimah
Persatuan Pengguna Islam Malaysia
Teras Keupayaan Melayu
Ulama'



klik disini untuk ke laman MAMTIY

klik disini untuk ke laman PPMS

klik disini untuk ke laman KKDS

klik disini untuk ke laman IRHAMI



Ahad, 8 Mac 2009
Warga Ilham susun strategi baru

Mujtahid 7 Mac – Majalah rasmi Pelajar Maahad Tarbiah Islamiyah Derang Syria (PMTIS) menyusun strategi baru dengan rombakan struktur gerak kerja.

Perubahan ini disahkan oleh pengarah urusan Ilham ust. Wan Muhammad bin Wan Abdul Halim ketika ditemui setelah warga Ilham bersidang di rumah ust. Muhammad Azhar di Mujtahid semalam.

"Tujuan kita susun semula struktur gerak kerja ini adalah kerana untuk menjadikan Ilham pada keluaran akan datang lebih mantap dan tesusun berbanding yang sebelum ini kerana kita lihat Ilham keluaran lepas memang dapat sambutan dari pembaca disini" katanya.

"Dalam sidang yang kita adakan tadi semua bersetuju gerak kerja Ilham kita bahagikan kepada tiga bahagian, pertama ialah bahagian pengurusan yang dikelolai oleh ana sendiri, kedua ialah bahagian pengisian bahan yang di ketuai oleh ust. Abd. Aziz Ahmed dan dia sebagai ketua editor, dan ketiga ialah bahagian cetakan dan pemasaran yang kita serahkan kepada ust. Nor Ashan untuk mengendalikannya" kata beliau.

Mengulas perkembangan terkini majalah Ilham, ust. Abd aziz selaku ketua editor menyatakan pihaknya bercadang agar Ilham akan datang akan diterbitkan pada akhir bulan April ini dan ianya dipersetujui oleh sidang gerak kerja Ilham semalam.

Dalam pada itu majalah Ilham turut mendapat pujian dari ketua umum PMTIS Ust. Omar Faruq dan pembaca.

Seorang pelajar wanita yang hanya ingin dikenali dengan Mukarramah turut melahirkan rasa puas hati untuk Ilham keluaran terbaru.

"Ilham kali ini Nampak hebat dan berani kerana memfokuskan isu yang jarang medapat perhatian media. Jarang sekali kita dapat maklumat tentang isu pergolakan di Pattani dan Ilham kali ini berani mencungkil maklumat-maklumat itu" katanya.


Khamis, 5 Mac 2009
Majalah ilham dapat sambutan



Ust. Abd Aziz Ahmed



Ruknuddin 4 Mac – Cetakan pertama majalah Ilham mendapat sambutan apabila semuanya habis dijual dalam tempoh lima hari.
Menurut Ketua Lajnah Penerangan Pelajar Maahad Tarbiah Islamiyah Derang Syria (PMTIS) Ust. Abd. Aziz Ahmed majalah tersebut melepasi jangkaan penerbit apabila dimaklumkan oleh Unit pemasaran Ust Muaz Adnan bahawa masih ramai warga PMTIS yang masih belum memiliki majalah tersebut.
“Pada kali ini kita ubah sedikit cara pemasaran dan sasaran majalah Ilham menjadi skop yang lebih besar dengan sasaran bukan sekadar ahli PMTIS sahaja" katanya.
"Dan mungkin kerana faktor perubahan ini majalah Ilham dapat sambutan dari pembaca” tambahnya lagi.
Kini pihak penerbit akan mencetak majalah tersebut untuk kali kedua dan harapan beliau agar cetakan kedua ini turut mendapat sambutan di kalangan pembaca.
Mengulas kekerapan majalah Ilham akan ditebitkan Ust. Abd Aziz berkata jawatankuasa gerak kerja Ilham menetapkan pada sesi ini Ilham akan diterbitkan sebanyak tiga kali dan secara puratanya ia diterbitkan secara empat bulan sekali.

Label:

Selasa, 3 Mac 2009
"Usrah mengikut kehendak ahli" - Ketua Umum
SUQ SARIJEH 27 Feb. 2009 - Ketua Umum Pelajar Maahad Tarbiyah Islamiah Derang Syria (PMTIS) Ustaz Omar Faroq berkata pihak pentadbiran PMTIS sesi 2009 akan melaksanakan program usrah untuk ahli-ahli PMTIS. Usrah tersebut akan dibahagikan mengikut kawasan penempatan ahli dengan jumlah ahli setiap usrah tidak melebihi lima atau enam orang.
Kata beliau tujuan diwujudkan usrah dengan bilangan ahli yang kecil adalah untuk memudahkan para ahli usrah melaksanakan tujuan dan hadaf usrah dengan lebih berkesan.
"Bila kita tetapkan ahli usrah ni sikit, depa akan mudah bergerak dan kita cadangkan kalau depa nak buat pertemuan usrah eloknya tukar-tukar tempat (rumah)" kata beliau.
"Usrah ini kita tidak wajibkan kepada semua ahli, kalau depa nak (turut serta dalam usrah) kita sangat alu-alukan tapi kalau depa tak mahu (ikut usrah) kita tak paksa" katanya.
Selain itu Ustaz Faroq turut menyatakan komitmen PMTIS bagi sesi kali ini adalah memperkasakan pengisian rohani dan ilmiah yang dipandang masih belum mantap dikalangan ahli.
 

Label:

Ahad, 1 Mac 2009
PENORAMA MAAHAD TARBIAH ISLAMIYAH DERANG SESI 2009
MTID - Pembukaan pengajian Maahad Tarbiah Islamiyah Derang. sesi 1430/2009 telah bermula pada awal januari lalu, dengan kemasukan baru yang berjumlah 100 orang penuntut menjadikan jumlah keseluruhan penuntut yang menjalani program pengajian di maahad hampir 500 orang penuntut. pihak pentadbiran telah menyusun beberapa gerak kerja dan perstukturan baru didalam pentadbiran Maahad Tarbiah Islamiyah Derang sesi ini. Carta pentadbiran 2009 yang berubah adalah seperti berikut: Mudir Marhalah Ibtidaiah : Ustaz Kamaluddin Abd Majid. Mudirah Thanawiah (Banat) :Ustazah Fatimah Binti Md Isa. Pendaftar Maahad : Ustaz Zul Azri Bin Md Sani. Penyelia Asrama (Banin) : Ustaz Ibrahim Bin Yusuf.
Tahap kesihatan Ayahanda kita, Ayahanda al- Fadhil Syeikh Abu Bakar Awang yang uzur sakit tua, sekarang masih beristirehat dirumah beliau di Alor Setar. Para asatizah dan ahli perkampungan yang menziarahi beliau, mengharapkan agar anak–anak didik beliau – walaupun dimana berada- mendoakan kesejahteraan beliau. Dengan itu marilah kita mendokan kesejahteraan beliau, semoga beliau diberi kesihatan yang baik. Amin.
Bangunan pengajian yang baru (diatas bukit) telah siap hampir 65 peratus. Bangunan yang akan menjalani proses pembinaan tingkat ketiga itu telah menempatkan pejabat pentadbiran, perpustakaan dan semua kelas pengajian peringkat menengah. Menurut Mudir Am, Syeikh Abd Majid Bin Abu Bakar: Tiada sebarang permasalahan yang serius pada pengajian sesi ini, cuma mungkin wujud beberapa permasalahan yang biasa berlaku saban tahun. Kami warga PMTIS mengucapkan ribuan terima kasih pada apa yang dicurahkan dan mendoakan semoga kalian dirahmati.

Label: