Khamis, 17 Disember 2009
Rabee’ah bin Ka'ab - MASYAA'ERUL IMAN (Siri 1)
Firman Allah وَاضْرِبْ لَهُمْ مَثَلَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا كَمَاءٍ أَنْزَلْنَاهُ مِنَ السَّمَاءِ فَاخْتَلَطَ بِهِ نَبَاتُ الأَرْضِ فَأَصْبَحَ هَشِيماً تَذْرُوهُ الرِّيَاحُ وَكَانَ اللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ مُقْتَدِراً (الكهف:45) Dan kemukakanlah kepada mereka misal perbandingan: Kehidupan dunia ini samalah seperti air yang Kami turunkan dari langit, lalu bercampur aduklah tanaman di bumi antara satu sama lain (dan kembang suburlah ia) disebabkan air itu; kemudian menjadilah ia kering hancur ditiup angin; dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Kehidupan di dunia ini tanpa iman dan takwa semuanya akan menjadi sia-sia bagaikan daun kering dibawa angin. Hanya insan yang mempunyai “masyaa’erul imaniah” sahaja yang dapat menjadikan dunia ini “mazra’atul akhirah” sehingga mereka tidak terpengaruh terpedaya kemewahan dunia ini. Antara tokoh yang mempunyai masyaa’erul imaniah itu maka marilah mengenali seorang sahabat yang terkenal dengan nama Rabee’ah bin Ka’ab. Latar belakang Rabeeah bin Ka’ab Al Aslami Abu Firas. Tinggal disebuah perkampungan qabilah Bani Aslam yang berhampiran dengan Madinah bersama ayah dan bondanya, kehidupannya sederhana dan bekerja sebagai pengusaha ternakan kambing. 1.Mencintai Rasulullah Tersebarnya cerita tentang kehadiran Rasulullah s.a.w di Madinah dan akhlaknya yang mulia serta kecintaan para sahabat terhadapnya maka tidak ada pilihan lain baginya hanya meninggalkan kambing-kambing tersebut pergi sendiri melihat lelaki yang tersohor itu. Melihat saja Rasulullah beliau pun menerima Islam sebagai Ad-Din dalam usianya yang masih muda bahkan padangan awalnya kepada Rasululah merupakan penyebab kepada cintanya akan Baginda S.A.W. yang bukan hanya manis ungkapan mulut sahaja bahkan dengan seluruh angotanya turut terasa seperti katanya : أحببته حبا ملك علي كل جارحة من جوارحي...1 “ aku mencintainya dengan satu kecintaan yang telah meresap kesetiap angotaku ”(صور من حياة الصحابة 369 ( Beliau balik kerumah selepas menerima Islam namun hanya jasad yang sampai diruamah tetapi hati masih bersama Rasulullah di Madinah. Akhirnya beliau memohon izin dari ayah dan bonda untuk tinggal berhampiran Madinah. Setelah diperkenankan beliau datang semula ke Madinah dan beliau disambut mesra oleh Rasulullah tetapi oleh kerana fakir maka beliau hidup bersama ahli suffah. Kerana kasihnya yang mendalam itu maka beliau telah memberanikan diri dan menawarkan khidmat sebagai khadam kepada Rasulullah sepenuh masa kerana jiwanya berperinsip : فإن رضي بك سعدت بقربه وفزت بحبه وحظيت بخيري الدنيا والآخرة .. “jika reda Rasulullah terima kamu, kamu akan menjadi bahagia dengan sebab dapat mendekatinya serta kamu berjaya mendapat kasihnya s.a.w. dan kamu mendapat dua habuan kebaikan dunia dan akhirat” 2 (صور من حياة الصحابة 369 ( Permohonanya tidak ditolak. Rasulullah menerima khidmat yang ingin dipersembahkan maka dari saat itu Rabeea’h mula aktif memberi khidmat sepanjang hari dari pagi hingga malam selesai solat isyak, tetapi beliau masih merasakan belum puas hanya waktu itu sahaja. Fikiran selalu membuat andaian: kalau rasulullah berhajat ditengah malam bagaimana kalau aku tiada?...Hal itu menyebabkan beliau apabila Baginda masuk kedalam rumah untuk tidur beliau menunggu diluar. Terkadang terlena kerana terlalu lama menunggu dan merasa jemu kerana Rasulullah tidak keluar maka beliau pun balik ke kediamannya . 2.Sabar dan tidak gopoh dengan tawaran Sumbangan khidmatnya yang ikhlas itu tidak dipandang sepi oleh Rasulullah sehinggalah suatu hari Baginda bertemu dengan Rabeea’h dan membuka tawaran kepadanya : sabda Baginda : سلني يا ربيعة أعطك “mintalah padaku nescaya aku akan tunaikan” Kata Rabeea’h : nanti saya akan fikirkan keperluan saya ya Rasulullah dan saya akan maklumkan kemudian. Beliau pun mengambil masa untuk berfikir dan merenung apa yang perlu beliau minta dari Rasulullah sehingga natijahnya hati kecilnya mengeloh: أن الدنيا منقطعة زائلة وأن لي فيها رزقا سيكفيني ويأتيي “sesungguhnya kepentingan dunia ini akan terputus dan hilang, rezki untuk aku sudah terjamin, cukup dan akan datang pada ku” Selepas itu beliaupun mendatangi Rasullah dan mengambil keputsan untuk memohon kepentingan ukhrawi : فقلت: نعم يا رسول الله أسالك أن تشفع لي إلى ربك فيعتقني من النار “Ya wahai Rasulullah : aku ingin mohon dari mu supaya aku mendapatkan syafaat dari mu dihadapan Allah supaya aku bebas dari api neraka”. Tanya Baginda : siapa yang ajarkan kamu minta seperti itu wahai Rabeea’h ? Kata Rabeea’h: demi Allah yang mengutuskan kamu dengan kebenaran tiada siapapun yang mengajarkan aku untuk meminta semikian tetapi kamu lah yang katakan padaku سلني أعطك “mintalah aku bagi” sedangkan kamu mempunyai kedudukan yang dekat dengan Allah akupun berfikir sesungguhnya kepentingan dunia ini akan terputus dan hilang, rezki untuk aku sudah terjamin, cukup dan akan datang pada ku maka lebih baik aku minta keuntungan akhirat. Mendengar hujjahnya itu Rasulullah terdiam lama sehingga kemudiannya bersabda : إني فاعل فأعني على نفسك بكثرة السجود. Sesungguhnya aku akan lakukan maka tolonglah aku dengan banyak sujud kepada Allah
Label: BERSAMA PAK NGAH DERANG |