DAPATKAN MAJALAH ILHAM EDISI TERBARU 09 - 2009. KINI DI PASARAN.
klik disini untuk ke laman MAJALAH ILHAM
IKUTI PERKEMBANGAN TERKINI DI klik disini untuk ke laman MAJALAH ILHAM


MALIS IDUL ADHA
Tarikh : 11 nov. 2008
Tempat : Rumah PPMS
Mas’ul : ali zainal abidin

HAFLAH TAKHARRUJ
Tarikh : 20 syawal 1430 / 8 okt. 2009
Tempat : Rumah PPMS
Mas’ul : Lajnah Perhubungan

MAJLIS SAMBUTAN IDUL FITRI
Tarikh : 20 syawal 1430 / 8 okt. 2009
Tempat : Rumah PPMS
Mas’ul : Lajnah Perhubungan

KEMASKINI MAKLUMAT AHLI
Tarikh : sepanjang tahun
Mas’ul : Setiausha

BULETIN ILTIZAM
Tarikh : Bulanan
Mas’ul : Lajnah Penerangan

MAJALAH ILHAM
Tarikh : 4 bulan sekali
Mas’ul : Wan Muhammad

LIQA A’ILIYAH SEMPENA IMTIHAN
Tarikh : Sebelum Imtihan
Tempat : Rumah PPMS
Mas’ul : Lajnah Pendidikan

URUS SUMBANGAN KITAB KE DERANG
Tarikh : tidak bertarikh
Mas’ul : Lajnah Kebajikan

IFTOR JAMAIE
Tarikh : belum ditetapkan
Tempat : belum ditetapkan
Mas’ul : Lajnah Pendidikan

MAJLIS TA’BIN AL MARHUM SYEKH NIAMAT YUSUF
Tarikh : belum ditetapkan
Tempat : belum ditetapkan
Mas’ul : Lajnah Pendidikan

MAKLUM NATIJAH IMTIHAN
Tarikh : akhir tahun
Mas’ul : Setiausha

MESYUARAT AGUNG PMTIS KE 13
Tarikh : 20 syawal 1430 / 8 okt. 2009
Tempat : Rumah PPMS
Mas’ul : Lajnah Perhubungan





"SESUATU RINTANGAN AKAN MENJADI MUDAH UNTUK DI HADAPI APABILA IA DIANGGAP SEBAGAI PELUANG"

"TIADA REALITI TANPA IMPIAN" -AR RAHIL AYAHNDA UST NIAMAT

"APABILA ANDA SAKIT HATI KEPADA ORANG LAIN, KETAHUILAH.... ANDA TELAH TERKENA PENYAKIT HATI"







Syeikh Yusuf Al- Qardawi
Syeikh Said Ramadhan Al-Bouti
Syeikh Wahbah Az-Zuhayli
Harun Yahya
Syeikh Habib Omar b. Muhammad
Syeikh Abdul Fatah Abu Ghoddah
Syeikh Habib Al Jifri
Syeikh Faisal Mauluwi
Syeikh Abdul Khadir Al-Khatib
Syeikh Muaz Khatib
Syeikh Faisal Mauluwi
Syeikh Abdul Khadir Al-Khatib
SaifulIslam
Suasana di Malaysia
Media Muslim
Portal Ukhuwah
Portal Muslimah
Persatuan Pengguna Islam Malaysia
Teras Keupayaan Melayu
Ulama'



klik disini untuk ke laman MAMTIY

klik disini untuk ke laman PPMS

klik disini untuk ke laman KKDS

klik disini untuk ke laman IRHAMI



Jumaat, 27 Februari 2009
PELANCARAN BLOG PMTIS.
Bersempena dengan berlansungnya muktamar sanawi yang ke – 12, pihak pelaksana program telah mengadakan satu pelancaran Blog rasmi Pelajar Maahad Tarbiah Islamiyah Syria (PMTIS) yang dikendalikan bersama oleh anak didik Maahad Tarbiah Islamiyah Derang. Blog tersebut menyediakan beberapa ruang yang boleh dikongsi bersama oleh ahli, antaranya ruangan gambar sekitar program yang diadakan oleh PMTIS dan himpunan tulisan atau pandangan ahli . Ia boleh dilayari dengan nama

www.pmtis.blogspot.com.

Sebarang komen atau nasihat bolehlah terus berhubung dengan pengendali web yang bertugas iaitu Ustaz Nor Ashan Bin Mohd Nor. Kita mengharapkan agar setiap usaha yang dilakukan menghasilkan satu natijah yang gemilang.



Label:

Khamis, 26 Februari 2009
KUNJUNGAN MAWADDAH HELWI
Damsyik,29 MUHARRAM 1430 – 26 JANUARI 2009 : “KUNJUNGAN MAWADDAH” merupakan program pertama sebagai pembuka tirai tahun 2009 yang telah diadakan oleh pihak HELWI.
Sasaran dalam program Kunjungan Mawaddah ini adalah kunjungan ke rumah semua ahli PMTIS khususnya ahli yang telah berkahwin.
Ternyata ukhuwah yang kuat adalah satu kepentingan dan memberikan impak positif dalam satu badan persatuan. Oleh itu pihak HELWI mengambil inisiatif untuk mengadakan program berunsur mawaddah agar silaturrahim dikalangan ahli lebih erat disamping kebajikan ahli turut terjaga.

Label:

Rabu, 25 Februari 2009
Selamat Berjuang




Damsyik, Syria – 24 Disember 2008: Setiap pertemuan sudah termaktub saat berpisah, begitulah adat pertemuan. Kita disatukan dengan Islam, kita dieratkan dengan iman namun ehsanNya tuhan memisahkan kita untuk menjalani kehidupan dan menunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita. Kepulangan mantan mushrif Pelajar Maahad Tarbiah Islamiyah Syria (PMTIS), Ustaz Azli Bin Nason bersama keluarga beliau diiringi oleh rombongan PMTIS di lapangan terbang Damasqus Internasional Airport. Beliau yang menjalani program pengajian peringkat sarjana di Universiti Imam Auzaie yang berpusat di Lubnan telah diraikan didalam satu program anjuran PMTIS bersempena sambutan Aidil adha 1429.

Turut bersama dalam rombongan beliau, mantan ketua HELWI : Saudari Aminah Binti Abd Rahman atau lebih mesra dengan panggilan “kak sue”. Penerbangan beliau yang dijadualkan berlepas pada jam 12.00 tengah hari telah ditunda beberapa kali sehingga jam 6.00 petang. Beliau bersama rombongan yang menunggu hampir 4 jam telah masuk ke bilik berlepas pada jam 1.00 petang. Kami doakan segala urusan beliau dipermudahkan. Amin.

Label:

PMTIS, menerima kunjungan TERAS.
Damsyik, 13 November 2008 – PMTIS telah menerima kunjungan Presiden TERAS Pengupayaan Melayu, Cikgu Azmi b. Abd Hamid dikediaman Mushrif PMTIS, Sdr Azli b. Nason dan dihadiri oleh kebanyakan ahli siswa. Beliau yang juga ahli Syura Maahad Tarbiah Islamiyah Derang masih di dalam lawatan kerja “misi melawat kem pelarian Palestin yang bersempadan dengan Syria dan Iraq” telah diselia oleh pejabat United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) di Damsyik , Syria

Beliau didalam ucapannya menyebut tentang pripenting penggerak masyarakat bawahan didalam pelbagai bidang yang masih berkurangan dan menyampaikan beberapa amanat penting persediaan dalam melengkapkan diri sebagai pengerak ummat. Beliau juga mempelawa mahasiswa yang berkeinginan untuk “turun ke padang masyarakat” agar menemui beliau untuk mendapat latihan dan maklumat tambahan. Alamat perhubungan beliau : TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, F1014B, Kampung Pondok Batu Hampar, 08400 Merbok, Kedah Darul Aman, Malaysia atau Pengarah Citizens International , No.10 Jalan Masjid Negeri , 11600 Pulau Pinang Malaysia Tel/Fax :04-8284648 , cizs@streamyx.com.

Label:

Selasa, 24 Februari 2009
MESYUARAT SIDANG EDITOR ILHAM SESI 1430/2009
Damsyik , 15 ZULHIJJAH 1429 – 13 NOVEMBER 2008: Sesi 1430/2009 telah menampilkan sidang editor baru majalah Ilham yang diketuai oleh Ustaz Wan Muhammad bin Wan Abd. Halim sebagai Pengarah Urusan.

Mesyuarat kali pertama ini telah diadakan dirumah Ustaz Zulfadhli bin Yusof bagi membincangkan tajuk fokus yang akan dibawa dan dibahaskan dalam majalah Ilham sesi ini. Cadangan untuk memuatkan ruangan dan segmen baru turut dibincangkan. Ini adalah bertujuan agar majalah Ilham lebih mantap dan menarik seiring dengan peredaran masa di samping menjadi medan pelajar mengutarakan cetusan fikrah dan gedung ilmu sebagai salah satu alternatif menyampaikan dakwah Islamiah.
Sidang editor Ilham sesi ini telah bersetuju untuk berusaha meningkatkan bilangan keluaran majalah Ilham dengan tajuk fokus yang lebih menarik.

Label:

PIMPINAN BARU PMTIS 2009
Damsyik, 9 ZULKAEDAH 1429 -8 NOVEMBER 2008 : Pelajar Maahad Tarbiah Islamiah Syria telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan bertempat di Villa Buthi. Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk melantik pimpinan baru PMTIS bagi sesi 2009.
Mesyuarat yang telah dihadiri oleh ahli PMTIS ini telah melakukan undian dan bersetuju melantik Sdr. Umar al Faruq bin Ali Rejab sebagai Ketua Umum PMTIS 2009. Manakala dibahagian HELWI diketuai oleh Sdri. Siti Hajr Fatimah binti Adnan. Ustaz Zulfadli bin Yusof juga turut dilantik sebagai Musyrif PMTIS bagi menggantikan Ustaz Mohd Azli bin Nason.

Antara agenda lain yang dilaksanakan didalam mesyuarat ini ialah pembentangan laporan-laporan lajnah dan laporan kewangan. Perkara berbangkit dan beberapa isu berkaitan juga turut diketengahkan. Mesyuarat berakhir sekitar jam 8 malam.

Label: