Selasa, 24 Februari 2009
MESYUARAT SIDANG EDITOR ILHAM SESI 1430/2009
Damsyik , 15 ZULHIJJAH 1429 – 13 NOVEMBER 2008: Sesi 1430/2009 telah menampilkan sidang editor baru majalah Ilham yang diketuai oleh Ustaz Wan Muhammad bin Wan Abd. Halim sebagai Pengarah Urusan. Mesyuarat kali pertama ini telah diadakan dirumah Ustaz Zulfadhli bin Yusof bagi membincangkan tajuk fokus yang akan dibawa dan dibahaskan dalam majalah Ilham sesi ini. Cadangan untuk memuatkan ruangan dan segmen baru turut dibincangkan. Ini adalah bertujuan agar majalah Ilham lebih mantap dan menarik seiring dengan peredaran masa di samping menjadi medan pelajar mengutarakan cetusan fikrah dan gedung ilmu sebagai salah satu alternatif menyampaikan dakwah Islamiah. Sidang editor Ilham sesi ini telah bersetuju untuk berusaha meningkatkan bilangan keluaran majalah Ilham dengan tajuk fokus yang lebih menarik. Label: BERITA |