Ahad, 8 Mac 2009
Warga Ilham susun strategi baru
|

Khamis, 5 Mac 2009
Majalah ilham dapat sambutan
Ruknuddin 4 Mac – Cetakan pertama majalah Ilham mendapat sambutan apabila semuanya habis dijual dalam tempoh lima hari. Menurut Ketua Lajnah Penerangan Pelajar Maahad Tarbiah Islamiyah Derang Syria (PMTIS) Ust. Abd. Aziz Ahmed majalah tersebut melepasi jangkaan penerbit apabila dimaklumkan oleh Unit pemasaran Ust Muaz Adnan bahawa masih ramai warga PMTIS yang masih belum memiliki majalah tersebut. “Pada kali ini kita ubah sedikit cara pemasaran dan sasaran majalah Ilham menjadi skop yang lebih besar dengan sasaran bukan sekadar ahli PMTIS sahaja" katanya. "Dan mungkin kerana faktor perubahan ini majalah Ilham dapat sambutan dari pembaca” tambahnya lagi. Kini pihak penerbit akan mencetak majalah tersebut untuk kali kedua dan harapan beliau agar cetakan kedua ini turut mendapat sambutan di kalangan pembaca. Mengulas kekerapan majalah Ilham akan ditebitkan Ust. Abd Aziz berkata jawatankuasa gerak kerja Ilham menetapkan pada sesi ini Ilham akan diterbitkan sebanyak tiga kali dan secara puratanya ia diterbitkan secara empat bulan sekali. Label: BERITA |

Selasa, 3 Mac 2009
"Usrah mengikut kehendak ahli" - Ketua Umum
Label: BERITA |

Ahad, 1 Mac 2009
PENORAMA MAAHAD TARBIAH ISLAMIYAH DERANG SESI 2009
MTID - Pembukaan pengajian Maahad Tarbiah Islamiyah Derang. sesi 1430/2009 telah bermula pada awal januari lalu, dengan kemasukan baru yang berjumlah 100 orang penuntut menjadikan jumlah keseluruhan penuntut yang menjalani program pengajian di maahad hampir 500 orang penuntut. pihak pentadbiran telah menyusun beberapa gerak kerja dan perstukturan baru didalam pentadbiran Maahad Tarbiah Islamiyah Derang sesi ini. Carta pentadbiran 2009 yang berubah adalah seperti berikut: Mudir Marhalah Ibtidaiah : Ustaz Kamaluddin Abd Majid. Mudirah Thanawiah (Banat) :Ustazah Fatimah Binti Md Isa. Pendaftar Maahad : Ustaz Zul Azri Bin Md Sani. Penyelia Asrama (Banin) : Ustaz Ibrahim Bin Yusuf. Tahap kesihatan Ayahanda kita, Ayahanda al- Fadhil Syeikh Abu Bakar Awang yang uzur sakit tua, sekarang masih beristirehat dirumah beliau di Alor Setar. Para asatizah dan ahli perkampungan yang menziarahi beliau, mengharapkan agar anak–anak didik beliau – walaupun dimana berada- mendoakan kesejahteraan beliau. Dengan itu marilah kita mendokan kesejahteraan beliau, semoga beliau diberi kesihatan yang baik. Amin. Bangunan pengajian yang baru (diatas bukit) telah siap hampir 65 peratus. Bangunan yang akan menjalani proses pembinaan tingkat ketiga itu telah menempatkan pejabat pentadbiran, perpustakaan dan semua kelas pengajian peringkat menengah. Menurut Mudir Am, Syeikh Abd Majid Bin Abu Bakar: Tiada sebarang permasalahan yang serius pada pengajian sesi ini, cuma mungkin wujud beberapa permasalahan yang biasa berlaku saban tahun. Kami warga PMTIS mengucapkan ribuan terima kasih pada apa yang dicurahkan dan mendoakan semoga kalian dirahmati. Label: BERITA |
