Mujtahid 7 Mac – Majalah rasmi Pelajar Maahad Tarbiah Islamiyah Derang Syria (PMTIS) menyusun strategi baru dengan rombakan struktur gerak kerja. Perubahan ini disahkan oleh pengarah urusan Ilham ust. Wan Muhammad bin Wan Abdul Halim ketika ditemui setelah warga Ilham bersidang di rumah ust. Muhammad Azhar di Mujtahid semalam. "Tujuan kita susun semula struktur gerak kerja ini adalah kerana untuk menjadikan Ilham pada keluaran akan datang lebih mantap dan tesusun berbanding yang sebelum ini kerana kita lihat Ilham keluaran lepas memang dapat sambutan dari pembaca disini" katanya. "Dalam sidang yang kita adakan tadi semua bersetuju gerak kerja Ilham kita bahagikan kepada tiga bahagian, pertama ialah bahagian pengurusan yang dikelolai oleh ana sendiri, kedua ialah bahagian pengisian bahan yang di ketuai oleh ust. Abd. Aziz Ahmed dan dia sebagai ketua editor, dan ketiga ialah bahagian cetakan dan pemasaran yang kita serahkan kepada ust. Nor Ashan untuk mengendalikannya" kata beliau. Mengulas perkembangan terkini majalah Ilham, ust. Abd aziz selaku ketua editor menyatakan pihaknya bercadang agar Ilham akan datang akan diterbitkan pada akhir bulan April ini dan ianya dipersetujui oleh sidang gerak kerja Ilham semalam. Dalam pada itu majalah Ilham turut mendapat pujian dari ketua umum PMTIS Ust. Omar Faruq dan pembaca. Seorang pelajar wanita yang hanya ingin dikenali dengan Mukarramah turut melahirkan rasa puas hati untuk Ilham keluaran terbaru. "Ilham kali ini Nampak hebat dan berani kerana memfokuskan isu yang jarang medapat perhatian media. Jarang sekali kita dapat maklumat tentang isu pergolakan di Pattani dan Ilham kali ini berani mencungkil maklumat-maklumat itu" katanya. |