Rabu, 17 Mac 2010
U’QBAH BIN `AMIR – Siri 2
KEISTIMEWAAN ANAK PEREMPUAN عن عقبة بن عامر الجهني عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: مَنْ كَانَتْ لَهُ ثَلاَثُ بَنَاتٍ فَصَبَرَ عَلَيْهِنَّ فَأَطْعَمَهُنَّ وَكَسَاهُنَّ جِدَّتَهُ كُنَّ لَهُ حِجَابًا مِنَ النَّار يَوْمَ الْقِيَامَةِ. ( ابن ماجه 3669 ا لتاريخ الكبير 8/440 ) Sabda Rasulullah : sesiapa yang mempunyai tiga orang anak perempuan maka beliau bersabar atas karenah mereka, memberi makan dan pakaian mereka sekadar yang termampu maka mereka akan menjadi hijab kepada penjaganya dari api neraka. Pengajaran : Islam sangat memberi perhatian kepada perempuan . Jangan cuai tangunggjawab kita kepada anak perempuan terutama pendidikan, pakaian dan makanan mereka. MAHAR PERKAHWINAN. عن عقبة بن عامر رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه و سلم قَالَ لِرَجُلٍ: «أَتَرْضَى أَنْ أُزَوِّجَكَ فُلاَنَةً؟». قال: نَعَمْ. وقال لِلْمَرْأَةِ: «أَتَرْضَيْنَ أَنْ أُزَوِّجَكَ فُلاَنًا؟». فَقَالَتْ: نَعَمْ. فَزَوَّجَ أَحَدُهُمَا صَاحِبَهُ، فَدَخَلَ بِهَا، وَلَمْ يَفْرُضْ لَهَا صَدَاقًا، وَلَمْ يُعْطِهَا شَيْئًا - وَكَانَ مِمَّنْ شَهِدَ الْحُدَيْبِيَّةَ - وَكَانَ مَنْ شَهِدَ الْحُدَيْبِيَّةَ لَهُمْ سَهْمٌ بِخَيْبَرَ، فَلَمَّا حَضَرَتْهُ الْوَفَاةُ، قال: إِنَّ رَسُوْلَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم زَوَّجَنِيْ فُلاَنَةً، وَلَمْ أَفْرُضْ لَهَـا صَدَاقًا، وَلَمْ أَعْطِهَا شَيْئًا، وَإِنِّيْ أُشْهِدُكُمْ أَنِّيْ أَعْطَيْتُهَا مِنْ صَدَاقِهَا سَهْمِيْ بِخَيْبَرَ. فَأَخَذَتْ سَهْمَهُ فَبَاعَتْهُ بِمِئَةِ أَلْفٍ. [أبو داود (2117)]. Dari U’qbah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bertanya kepada seorang lelaki : “mahukah kamu aku kawinkan dengan perempuan itu?” jawab lelaki itu: Ya setuju. Kemudian Rasulullah S.A.W bertanya pula kepada perempuan itu : “mahukah kamu, aku kahwinkan dengan lelaki itu?” jawab perempuan itu : Ya setuju. Maka berkahwin mereka berdua dan bersekedudukan ( hubungan kelamin ). Sedangkan beliau tidak memberi mas kahwin pun kepada perempuan itu walau sedikit – beliau seorang yang mengikuti peristiwa Hudaibiyah- bagi mereka (lelaki itu ) ada bahagiannya ( dari rampasan perang ) di Khaibar . Ketika sakit yang membawa maut itu, beliau pun menceritakan: sesungguhnya Rasulullah telah mengahwinkan aku dengan seorang perempuan, aku tidak memberi padanya mahar oleh itu aku minta kamu semua ( sahabat ) menjadi saksi bahawa bahagian aku dari Khaibar ini aku berikan kepadanya sebagai mahar. Perempuan itu mengambil maharnya itu lalu beliau menjualnya dengan harga seribu dinar. Pengajaran : Mahar perkahwinan adalah hak milik isteri Meminta persetujuan dari pengantin untuk perkahwinkan adalah sunnah. Nikah boleh diwakilkan. MENYEMBUYIKAN KECACATAN BARANG JUALAN فعن عقبة بن عامر، قال: سمعت رسول الله ـ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ـ يقول: «اَلْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ، لاَ يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ بَاعَ مِنْ أَخِيْهِ بَيْعًا وَفِيْهِ عَيْبٌ، إِلاَّ بَيَّنَهُ»[1]. رواه أَحمد، وابن ماجه، والدارقطني، والحاكم، والطبراني. [أحمد (4/ 158) وابن ماجه (2246) والحاكم (2/ 8) والبخاري تعليقًا (4/ 309) ومجمع الزوائد (4/ 80)] . Sabda Rasulullah S.A.W : seorang muslim itu menjadi saudara kepada seorang muslim yang lain. Tidak halal seseorang muslim itu menjual sesuatu kepada saudaranya sedangkan barang itu mempunyai a’ib kecuali beliau menjelaskan kea’ibannya. Pengajaran : Haram menyembunyikan aib atau kecacatan pada barangan yang dijual. NAZAR DENGAN PERKARA YANG DAPAT DILAKSANAKAN. عن عقبة بن عامر الجهني قال : نَذَرَتْ أُخْتِيْ أَنْ تَمْشِيَ إِلَى بَيْتِ اللهِ عَزَّوَجَلَّ فَأَمَرَتْنِيْ أَنْ أَسْتَفْتِيْ لَهَا رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم فَأَسْتَفْتَيْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم فقال: "لَتَمْشِ وَلَتَرْكَبْ" (النسائي 3830 أسد الغابة 1/1469 ) Saudari ku bernazar akan berjalan kaki ke majidil haram. Maka beliau telah meminta aku supaya bertanya kepada Rasulullah S.A.W. Maka aku bertanya kepadanya. Sabda Rasulullah : “hendaklah dia berjalan dan menungang”. Pengajaran : 1. Nazar itu wajib ditunaikan selama ianya tidak memudharatkan syarak dan diri. 2. Kafarat nazar ialah kafarat sumpah. KEKAYAAN DUNIA MENJADI REBUTAN أَنَّ أَبَا الْخَيْرِ حَدَّثَهُ أَنَّ عُقْبَةَ بْنَ عَامِرٍ الْجُهَنِيِّ حَدَّثَهُمْ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم صَلَّى عَلَى قَتْلَى أُحُدٍ بَعْدَ ثَمَانِي سِنِيْنَ كَالْمُوَدَّعِ لِلأَحْيَاءِ وَاْلأَمْوَاتِ ثُمَّ أَطْلَعَ الْمِنْبَرَ فَقَالَ: إِنِّيْ بَيْنَ أَيْدِيْكُمْ فَرَطٌ وَأَنَا عَلَيْكُمْ شَهِيْدٌ وَإِنَّ مَوْعِدَكُمُ الْحَوْضُ وَإِنِّيْ لأَنْظُرُ إِلَيْهِ وَأَنَا فِيْ مَقَامِيْ هذَا وَإِنِّيْ لَسْتُ أَخْشَى عَلَيْكُمْ أَنْ تُشْرِكُوْا وَلكِنْ أَخْشَى عَلَيْكُمُ الدُّنْيَا أَنْ تَنَافَسُوْا فِيْهَا قَالَ عُقْبَةُ: وَكَانَتْ آخِرُ نَظْرَةٍ نَظَرْتُهَا إِلَى رَسُوْلِ اللهِ صلى الله عليه وسلم. (الطبقات الكبرى 2/205 ) U’qbah menceritakan kepada sahabat-sahabatnya : sesungguhnya Rasulullah telah melakukan solat keatas Syuhada’ Uhud selepas lapan tahun sebagai solat perpisahan bagi orang yang hidup dan mati. Kemudian baginda naik keatas mimbar dan memberi ucapan : “sesunguhnya aku sedang berada dihadapan kamu, aku menjadi saksi keatas kamu semua dan sesungguhnya tempat pertemuan kamu di Al Khaudh, aku melihat padanya sedang aku berada di tempat aku ini. Sesungguhnya aku tidak takut kamu menjadi syirik tetapi yang paling membimbangkan aku kamu akan berlumba-lumba merebut dunia”. Kata U’qbah : itulah kali terakhir aku melihat Rasulullah. Pengajaran: Diakhir zaman keistimewaan dunia akan diutamakan dari akhirat. PEKERJA YANG TAAT. وعن عقبة بن عامر، قال: سَمِعْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم يقول: «يُعْجِبُ رَبُّكَ ـ عزوجل ـ مِنْ رَاعِيْ غَنَمٍ، فِيْ شَظِيَّةٍ بِجَبَلٍ، يُؤَذِّنُ لِلصَّلاَةِ وَيُصَلِّيْ، فيقول اللَّه، ـ عزَّوجل ـ: اُنْظُرُوْا لِعَبْدِيْ هذَا، يُؤَذِّنُ، وَيُقِيْمُ الصَّلاَةَ، يَخَافُ مِنِّيْ! قَدْ غَفَرْتُ لِعَبْدِيْ، وَأَدْخَلْتُهُ الْجَنَّةَ». رواه أحمد، وأبو داود، والنسائي. [أبو داود (1203) والنسائي (665) وأحمد (4/ 157)]. Sabda Rasulullah S.A.W : Tuhan kamu takjub dengan seorang pengembala kambing didalam kepayahan dibukit (tetapi) bila masuk waktu solat beliau azan , lalu mendirikan solat. Maka kata Allah “ lihatlah kepada hambaku itu beliau azan, lalu mendirikan solat kerana takut pada ku. Sesungguhnya aku telah mengampuni hambaku dan aku memasukkannya kedalam Syurga”. Pengajaran : Solat adalah tuntutan Allah yang tidak boleh diabaikan dikala senang atau susah. Dua ganjaran yang di sediakan: keampunan dari dosa dan syurga .
Label: BERSAMA PAK NGAH DERANG |
Rabu, 17 Februari 2010
U’QBAH BIN `AMIR – Siri 1
PENGENALAN U’qbah bin Amir bin A’bas bin A’di bin A’mr bin Rifa’ah bin Maudua’ah bin A’di bin Ghanam bin Ar-Riba’ah bin Rusdan bin Qais bin Juhainah Al-Juhany. Gelaran: Abu Hammad dan ada gelaran lain yang dikenali : Abu Labid, Abu A’mr, Abu A’bas, Abu Asad, Abu Asid ISLAM AGAMA PILIHAN Beliau adalah pengusaha ternakan kambing ketika baginda tiba di Madinah beliau masih sibuk dengan ternakan itu, tetapi setelah mengetahui bahawa baginda di Madinah maka beliau meninggalkan kambing tersebut dan pergi bertemu Rasulullah lalu berbaia’t. Tanya baginda : “ Kamu siapa ?” setelah beliau memperkenalkan dirinya kepada baginda dan memohon untuk bai’at. Kata Rasulullah : “ Yang mana satu baia’t yang kamu mahu adakah baia’t orang arab atau baia’t hijrah?” Baia’t hijrah . kata U’qbah. Riwayat Ahmad PERAWI YANG MENGAMBIL HADITH DARIPADANYA. Dari Sahabat : Ibn Abbas, Abu Abbas, Abu Ayyub,Abu Umamah dan lain-lain Dari Tabi’een : Abu Khair, Ali bin Robah, Abu Qabiil , Said bin Musyaiyib dan lain-lain. KELEBIHANNYA KETIKA BERSAMA RASULULLAH & SAHABAT. 1. Beliau seorang sahabat dan panglima jihad yang mengikuti peperangan bersama Rasulullah S.A.W. dan para sahabat. 2. Berkhidmat kepada baginda S.A.W. sebagai pemandu dan pengawal kenderaan Rasulullah ketika musafir. 3. Suaranya merdu khasnya apabila membaca Al- Quran dan sangat mementingkan ilmu serta kerja-kerja jihad. 4. Seorang pakar rujuk dalam ilmu faraid khasnya di zaman Abu Bakar sebagai khalifah dan 5. Pahlawan yang membuka Damsyik dan Mesir, dizaman khilafah Umar Al-Khatab dan beliau ditugaskan sebagai pembawa berita kepada Umar. 6. Ketika peristiwa fitnah dikalangan muslimin berlaku maka perbezaan pendapat antara Saidina Ali dan Mu’awiyah bin Abi Sofian mengundang peperangan Siffin maka beliau berpihak kepada Mu’awiyah. 7. Menjadi amir kerajaan Umawiyyah di Mesir mengantikan U’tbah bin Abi Sofian (th44) saudara Mua’wiyah dan beliau dapat mengurusnya dengan baik sehingga sekali lagi diamanah memimpin pasukan membuka Rudus yang terletak di selatan Turkey. Manakala tugasnya sebagai amir di Mesir dipangku oleh Maslamah bin Makhlad (th47). Selepas dua tahun tiga bulan beliau menerajui Mesir kemudian beliau bersama dengan tentera Yazid bin Mua’wiyah mengepong Qastantin ( Istambul ) tempat syahidnya Abu Ayyub Al-Ansori dan selepas itu kembali semula ke Mesir. 8. Sebanyak lima puluh lima hadiths yang di riwayatkan darinya. Maka untuk manfaat bersama di perturunkan sepuluh buah hadiths Bayangkan betapanya para sahabat mereka mengharungi kepayahan dan kesulitan padang pasir, kenderaan yang tidak selesa dan kemudahan yang tidak seperti kita lihat pada hari ini tetapi mereka sangup menghadapinya demi untuk melihat Islam dijulang dan syurga ganjarannya. WAKTU YANG DILARANG BERSOLAT. وعن عقبة بن عامر، قال: ثَلاَثُ سَاعَاتٍ، نَهَانَا رَسُوْلُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَنْ نُصَلِّيَ فِيْهِنَّ، وَأَنْ نَقْبُرَ فِيْهِنَّ مَوْتَانَا؛ حِيْنَ تَطْلُعُ الشَّمْسُ بَازِغَةً، حَتْى تَرْتَفِعَ، وَحِيْنَ يَقُوْمُ قَائِمٌ الظَّهِيْرَةَ، وَحِيْنَ تَضَيَّفَ لِلْغُرُوْبِ، حَتَّى تَغْرُبَ. رواه الجماعة، إلا البخاري. [مسلم (832) والترمذي (1030) والنسائي (202) وابن ماجه (1519)]. Kata U’qbah R.A : Tiga waktu Rasulullah melarang kami daripada solat dan mengkebumikan mayat . Ketika matahari sedang naik sehingga tinggi segalah, waktu tengahari dan matahari hendak terbenam sehingga tebenam. Pengajaran : Islam mengajarkan kita supaya berdisiplin. KEWAJIPAN SURAH AL-FATIHAH DIDALAM SOLAT عن عقبة بن عامر الجهني عن أبي أمامة الباهلي عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال :كُلُّ صَلاَةٍ لاَ يُقْرَأُ فِيْهَا بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ فَهِيَ خَدَاجٌ فَهِيَ خَدَاجٌ غَيْرُ تَمَامٍ. (ابن ماجه 838 تاريخ بغداد 5/203) Setiap solat yang tidak membaca Fatihah maka solatnya akan menjadi tempang dan tidak sempurna. Pengajaran : Membaca fatihah adalah rukun solat yang wajib dan sunat tanpanya solat tidak sah. Solat Ke atas Syuhada’ عن عقبة بن عامر، أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه و سلم خَرَجَ يَوْمًا، فَصَلَّى عَلَى أَهْلِ أُحُدٍ صَلاَتَهُ عَلَى الْمَيِّتِ بَعْدَ ثَمَانِي سِنِيْنَ، كَالْمُوَدَّعِ لِلأَحْيَاءِ وَاْلأَمْوَاتِ. [البخاري (4085)]. Rasulullah S.A.W. keluar pada satu hari ke perkuburan syuhada Uhud selepas lapan tahun dan solat keatas mereka sebagai solat perpisahan bagi yang hidup dan yang mati. Pengajaran : Solat keatas jenazah adalah wajib walaupun mereka syahid. KELEBIHAN SURAH AL-IKHLAS, AL-FALAQ DAN AN-NAS. عن عقبة بن عامر الجهني أَنَّهُ قَالَ: بَيْنَمَا أَنَا أَقُوْدُ بِرَسُوْلِ اللهِ صلى الله عليه وسلم رَاحِلَتَهُ فِيْ غَزْوَةٍ. قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: قُلْ يَا عُقْبَةُ. قُلْتُ: مَا أَقُوْلُ قَالَهَا الثَّالِثَةَ. قُلْتُ مَا أَقُوْلُ. قَالَ: قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ فَقَرَأَ السُّوْرَةَ حَتَّى خَتَمَهَا، ثُمَّ قَرَأَ قُلْ أَعُوْذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ وَقَرَأْتُ مَعَهُ حَتَّى خَتَمَهَا ثُمَّ قَرَأَ قُلْ أَعُوْذُ بِرَبِّ النَّاسِ وَقَرَأْتُ مَعَهُ حَتَّى خَتَمَهَا ثُمَّ قَالَ مَا تَعَوَّذَ بِمِثْلِهِنَّ. ( رواه النسائي 5447 تهذيب الكمال 15 /62 ) Dari U’qbah berkata : sedang aku memimpin kenderaan tungangan Rasulullah dalam satu peperangan tiba-tiba baginda Rasulullah S.A.W. mengarahkan: “katakanlah oleh mu” Tanya u’qbah : apa yang hendak aku katakana wahai Rasulullah? ( diulang arahan itu tiga kali ) sehingga kali ketiga beliau terus bertanya apa yang hendak aku katakan wahai Rasulullah? Sabda Baginda : قل هو الله أحد Baginda membacanya sehingga akhirnya dan membacaقل أعوذ برب الفلق hingga akhirnya, maka aku membacanya bersama Baginda hingga akahirnya. Kemudiaan baginda membaca قل أعوذ برب الناس dan aku membaca bersama sehingga akahir. Sabda baginda “tidak ada fadilat yang lebih besar sepertinya. Pengajaran : Membaca surah Al-Ikhlas sekali sama sepertiga Al-Quran. Surah An-Naas dan Al-Falaq memelihara dari kejahatan jin dan manusia
Label: BERSAMA PAK NGAH DERANG |
Ahad, 17 Januari 2010
Rabee’ah bin Ka'ab - MASYAA'ERUL IMAN (Siri 2)
3.Berakhlak dalam perselisihan Islam mengajarkan kita supaya terus menonjolkan akhlak yang mulia walau dimana tempat atau apa jua keadaan sekalipun kita berada, sendirian atau bersama orang ramai, diketika duka dan sebaliknya. Hal ini dapat kita saksikan dari kisah ini : Abu Bakar dan Rabeea’h masing – masing mereka telah mendapat sebidang tanah yang berhampiran dikurniakan oleh Rasulullah. Tiba-tiba sepohon kurma yang tumbuh telah menyebabkan dua orang sahabat yang sangat disayangi Baginda itu berselisih. Abu Bakar mendakwa pokok itu kepunyaannya dan Rabeea’h mendakwa bahawa pokok itu miliknya. Tapi ternyata pokok itu tumbuh ditanah Rabeea’h maka Abu Bakar telah melemparkan satu perkataan yang kesat terhadapnya menyebabkan Abu Bakar juga merasa menyesal dengan dengan perkataan itu. Lalu beliau meminta supaya Rabeea’h membalasinya dengan perkataan yang sama tetapi Rabeea’h engan. Kata Abu Bakar : aku akan adukan perkara ini kepada Rasulullah. Kata Rabeea’h : kamu lebih tahu. Maka Abu Bakar pun pergi mendapatkan Rasulullah dan diikuti Rabeea’h dan tidak ketinggalan orang ramai. Kata orang ramai : semoga Allah merahmati Abu Bakar kerana beliau yang kata kepada kamu begitu dan beliau juga yang mendakwa keatas kamu ?! Orang ramai terus berjalan bersama beliau ke kediaman Baginda sambil berjalan Rabeea’h bertanya kepada mereka. Kata Rabeea’h : Tahukah kamu siapa ini ?. Inilah Abu Bakar. Orang yang kedua ketika mereka berdua dalam gua Thur, beliau akan bertemu Rasulullah dalam keadaan marah maka Rasulullah juga akan marah kerana beliau marah, allah pula akan marah kerana Rasulnya marah maka akan celakalah Rabeea’h. Jadi baliklah kamu tak payah ikut. Rabeea’h teruskan pejalanan tetapi Abu Bakar mendahuluinya bertemu Rasulullah. Kisah yang telah berlaku pun telah diceritakan olehnya. Tibanya beliau Rasulullah pun bertanya: قال لي: يا ربيعة مالك وللصديق Ya Rabeea’h ! apa dah terjadi pada mu dan As-Sidiq ? RK : “Ya Rasulullah beliau telah mengatakan sesuatu perkataan terhadap aku kemudian beliau minta supaya aku mengatakan perkataan yang sama terhadapnya sebagai “qisas” . sedangkan aku tidak mahu mengulangi perkataan itu terhadapnya”. Sabda Rasulullah : “ ajal” ! jangan kamu kata sepertimana beliau katakan kepada mu tapi kata lah يغفر الله لك يا أبا بكر ”semoga Allah mengampuni kamu wahai Abu Bakar” Tanpa segan dan rasa malu Rabeea’h mengungkapkan perkataan tersebut kepda Abu Bakar. Apabila mendengar saja kalimah tersebut dari mulut Rabeea’h maka tidak ada daya lagi baginya selain dari menangis dan airmata membasahi pipinya .(الطبقات الكبرى 4/313 ) 4.Menilai semula keputusan yang tidak tepat Kerana terlalu cintakan Rasullah dan ingin menumpahkan khidmat kepada Baginda dan kekurangan belanja maka Rabee’h memilih untuk tidak berkahwin. Namun sikap seperti itu tidak disukai Rasulullah bahkan Baginda berpaling darinya ketika beliau berkata : “Tidak! demi Allah aku tidak mahu berkahwin kerana tidak ada apa yang hendak diberikan kepada perempuan dan supaya aku tidak disibukkan dengan sesuatu ( isteri ) sehingga terputus perkhidmatan aku padamu” Menyedari tindakannya itu tidak disukai Rasulullah lalu beliau kembali merujuk keputusan yang diambil serta menilai semula dan mengatakan kepada dirinya: “ Demi Allah Ya Rasulullah kamu lebih mengetahui tentang urusan dunia dan akhiratku”. Sambil mengharapkan kalau – kalau ada tawaran yang sedemikian dari Rasulullah sekali lagi nescaya aku akan katakan “na’am”. Maka apa yang diharapkan datang buat kesekian kalinya. Rasulullah bertanya lagi : “ wahai Rabeea’h ! tidak kah kamu mahu kahwin ?” RK : “bahkan ya Rasulullah! suruhlah dengan apa yang kamu mahu dan dengan apa yang kamu suka”. Maka beliau diarahkan supaya pergi ke satu keluarga yang tertentu di sebuah perkampungan orang ansor. Sampainya di kampong tersebut beliau disambut mesra : مرحبا برسول الله صلى الله عليه وسلم وبرسول رسول الله صلى الله عليه وسلم والله لا يرجع رسول رسول الله صلى الله عليه وسلم إلا بحاجته “selamat datang dengan Rasulullah dan utusan Rasulullah demi Allah tidak akan balik utusan Rasulullah kecuali hajatnya mesti ditunaikan” Hajatnya di selesaikan oleh masyarakat tersebut, keluaga pengantin perempuan dicari dan anak dara dicadangkan pun dapat dan dikahwinkan dengannya tanpa di tentukan mas kahwin. Selesai sudah beliau pun balik menemui orang yang dicintai namun hatinya tidak gembira bahkan dalam keadaan dukacita. Tanya Rasulullah: ؟ ما بالك “apa pula dengan kamu ni” RK: “Ya Rasulullah aku telah pun mendatangi kaum itu mereka telah melayaniku dan mengahwinkan aku tanpa menanyakan mas kahwin dan di mana pula hendak aku dapatkannya?” Untuk menyelesaikan perkara tersebut Rasulullah meminta Buraidah Al Aslami supaya himpun dari orang ramai. Cukup mas kahwin yang dihimpun maka dibawa kepada keluarga Isterinya dan mereka terima dengan rela hati .” Tidak selesai hanya mas kahwin tetapi bagaimana dengan kenduri?. Maka sekali lagi Rasulullah meminta dari Buraidah Al Aslami supaya kumpulkan dari orang ramai.Tugas ini dilaksanakan dengan relanya sehingga dapat seekor kibas yang gemuk dan adapun gandum rasullah sendiri yang menyumbang melalui A’isyah. Gandum dan kibas dibawa kepada keluarga perempuan maka gandum pun di buat roti dan kibas disembeleh , jadilah hidangan kenduri hari itu roti dimakan dengan daging kibas. Rasulullah antara tetamu yang hadir. ( البداية والنهاية 5/335 ) عن ربيعة بن كعب الأسلمي قال: كنت أبيت عند باب حجرة رسول الله صلى الله عليه وسلم فكنت أسمع رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا قام من الليل يصلي يقول: “سبحان الله رب العالمين “الهوي ( وفيه: " كنت أسمعه الهوي من الليل " الهوي بالفتح الحين الطويل من الزمان وقيل هو مختص بالليل. ثم يقول: سبحان ربي العظيم وبحمده الهوي ( ابن ماجه 3879 ) وفاته: لما توفي رسول الله صلى الله عليه وسلم نزل على بريد من المدينة مكان قريب من المدينة فلم يزل بها حتى مات بعد الحرة سنة ثلاث وستين المراجع: . ومنهم رضي الله عنه هم ربيعة بن كعب الأسلمي أبو فراس قال الأوزاعي حدثني يحيى بن ابي كثير عن أبي سلمة عن ربيعة بن كعب قال كنت أبيت مع رسول الله صلى الله عليه وسلم فآتيه بوضوئه وحاجته فكان يقوم من الليل فيقول سبحان ربي وبحمده الهوي سبحان رب العالمين الهوي (البداية والنهاية 5 / 334 ) ربيعة بن كعب أبو فراس الأسلمي المدني من أصحاب الصفة . خدم النبي صلى الله عليه وسلم ونزل بعد موته على بريد من المدينة له أحاديث روى عنه : أبو سلمة بن عبد الرحمن ونعيم المجمر ومحمد بن عمرو بن عطاء وأبو عمران الجوني توفي أيام الحرة وهو الذي قال للنبي صلى الله عليه وسلم : أسأل مرافقتك في الجنة فقال : " أعني على نفسك بكثرة السجود " (تاريخ اسلام 1/585 ) عن ابي فراس ربيعة بن كعب الاسلمى خادم رسول الله صلى الله عليه وسلم، ومن اهل الصفة رضي الله عنه قال: " كنت ابيت مع رسول الله صلى الله عليه وسلم، فاتيه بوضوئه، وحاجته فقال: "سلني" فقلت: اسالك مرافقتك في الجنة. فقال: { اوغير ذلك؟" قلت: هو ذاك قال: " فاعني على نفسك بكثرة السجود" ((رواه مسلم)). ( رياض الصالحين 106 )
Label: BERSAMA PAK NGAH DERANG |
Khamis, 17 Disember 2009
Rabee’ah bin Ka'ab - MASYAA'ERUL IMAN (Siri 1)
Firman Allah وَاضْرِبْ لَهُمْ مَثَلَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا كَمَاءٍ أَنْزَلْنَاهُ مِنَ السَّمَاءِ فَاخْتَلَطَ بِهِ نَبَاتُ الأَرْضِ فَأَصْبَحَ هَشِيماً تَذْرُوهُ الرِّيَاحُ وَكَانَ اللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ مُقْتَدِراً (الكهف:45) Dan kemukakanlah kepada mereka misal perbandingan: Kehidupan dunia ini samalah seperti air yang Kami turunkan dari langit, lalu bercampur aduklah tanaman di bumi antara satu sama lain (dan kembang suburlah ia) disebabkan air itu; kemudian menjadilah ia kering hancur ditiup angin; dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Kehidupan di dunia ini tanpa iman dan takwa semuanya akan menjadi sia-sia bagaikan daun kering dibawa angin. Hanya insan yang mempunyai “masyaa’erul imaniah” sahaja yang dapat menjadikan dunia ini “mazra’atul akhirah” sehingga mereka tidak terpengaruh terpedaya kemewahan dunia ini. Antara tokoh yang mempunyai masyaa’erul imaniah itu maka marilah mengenali seorang sahabat yang terkenal dengan nama Rabee’ah bin Ka’ab. Latar belakang Rabeeah bin Ka’ab Al Aslami Abu Firas. Tinggal disebuah perkampungan qabilah Bani Aslam yang berhampiran dengan Madinah bersama ayah dan bondanya, kehidupannya sederhana dan bekerja sebagai pengusaha ternakan kambing. 1.Mencintai Rasulullah Tersebarnya cerita tentang kehadiran Rasulullah s.a.w di Madinah dan akhlaknya yang mulia serta kecintaan para sahabat terhadapnya maka tidak ada pilihan lain baginya hanya meninggalkan kambing-kambing tersebut pergi sendiri melihat lelaki yang tersohor itu. Melihat saja Rasulullah beliau pun menerima Islam sebagai Ad-Din dalam usianya yang masih muda bahkan padangan awalnya kepada Rasululah merupakan penyebab kepada cintanya akan Baginda S.A.W. yang bukan hanya manis ungkapan mulut sahaja bahkan dengan seluruh angotanya turut terasa seperti katanya : أحببته حبا ملك علي كل جارحة من جوارحي...1 “ aku mencintainya dengan satu kecintaan yang telah meresap kesetiap angotaku ”(صور من حياة الصحابة 369 ( Beliau balik kerumah selepas menerima Islam namun hanya jasad yang sampai diruamah tetapi hati masih bersama Rasulullah di Madinah. Akhirnya beliau memohon izin dari ayah dan bonda untuk tinggal berhampiran Madinah. Setelah diperkenankan beliau datang semula ke Madinah dan beliau disambut mesra oleh Rasulullah tetapi oleh kerana fakir maka beliau hidup bersama ahli suffah. Kerana kasihnya yang mendalam itu maka beliau telah memberanikan diri dan menawarkan khidmat sebagai khadam kepada Rasulullah sepenuh masa kerana jiwanya berperinsip : فإن رضي بك سعدت بقربه وفزت بحبه وحظيت بخيري الدنيا والآخرة .. “jika reda Rasulullah terima kamu, kamu akan menjadi bahagia dengan sebab dapat mendekatinya serta kamu berjaya mendapat kasihnya s.a.w. dan kamu mendapat dua habuan kebaikan dunia dan akhirat” 2 (صور من حياة الصحابة 369 ( Permohonanya tidak ditolak. Rasulullah menerima khidmat yang ingin dipersembahkan maka dari saat itu Rabeea’h mula aktif memberi khidmat sepanjang hari dari pagi hingga malam selesai solat isyak, tetapi beliau masih merasakan belum puas hanya waktu itu sahaja. Fikiran selalu membuat andaian: kalau rasulullah berhajat ditengah malam bagaimana kalau aku tiada?...Hal itu menyebabkan beliau apabila Baginda masuk kedalam rumah untuk tidur beliau menunggu diluar. Terkadang terlena kerana terlalu lama menunggu dan merasa jemu kerana Rasulullah tidak keluar maka beliau pun balik ke kediamannya . 2.Sabar dan tidak gopoh dengan tawaran Sumbangan khidmatnya yang ikhlas itu tidak dipandang sepi oleh Rasulullah sehinggalah suatu hari Baginda bertemu dengan Rabeea’h dan membuka tawaran kepadanya : sabda Baginda : سلني يا ربيعة أعطك “mintalah padaku nescaya aku akan tunaikan” Kata Rabeea’h : nanti saya akan fikirkan keperluan saya ya Rasulullah dan saya akan maklumkan kemudian. Beliau pun mengambil masa untuk berfikir dan merenung apa yang perlu beliau minta dari Rasulullah sehingga natijahnya hati kecilnya mengeloh: أن الدنيا منقطعة زائلة وأن لي فيها رزقا سيكفيني ويأتيي “sesungguhnya kepentingan dunia ini akan terputus dan hilang, rezki untuk aku sudah terjamin, cukup dan akan datang pada ku” Selepas itu beliaupun mendatangi Rasullah dan mengambil keputsan untuk memohon kepentingan ukhrawi : فقلت: نعم يا رسول الله أسالك أن تشفع لي إلى ربك فيعتقني من النار “Ya wahai Rasulullah : aku ingin mohon dari mu supaya aku mendapatkan syafaat dari mu dihadapan Allah supaya aku bebas dari api neraka”. Tanya Baginda : siapa yang ajarkan kamu minta seperti itu wahai Rabeea’h ? Kata Rabeea’h: demi Allah yang mengutuskan kamu dengan kebenaran tiada siapapun yang mengajarkan aku untuk meminta semikian tetapi kamu lah yang katakan padaku سلني أعطك “mintalah aku bagi” sedangkan kamu mempunyai kedudukan yang dekat dengan Allah akupun berfikir sesungguhnya kepentingan dunia ini akan terputus dan hilang, rezki untuk aku sudah terjamin, cukup dan akan datang pada ku maka lebih baik aku minta keuntungan akhirat. Mendengar hujjahnya itu Rasulullah terdiam lama sehingga kemudiannya bersabda : إني فاعل فأعني على نفسك بكثرة السجود. Sesungguhnya aku akan lakukan maka tolonglah aku dengan banyak sujud kepada Allah
Label: BERSAMA PAK NGAH DERANG |
Selasa, 17 November 2009
KHABAB BIN AL-ARAT BIN JANDALAH BIN SA’AD AT-TAMIMI – Siri 2
AKHLAK MUSLIM Khabab merupakan seorang sahabat: • Membaca , mendengar dan mengajar Al-Quran saudara Muslim. Diawal permulaan Islam beliau menjadi guru Al-Quran kepada Said bin Zaid dan Fatimah binti Al Khattab. • Segera menyahut seruan Allah dan Rasulullah S.A.W. Ketika arahan supaya berhijrah dikeluarkan maka Khabab merupakan orang yang terawal menyahut seruan itu, beliau berhijrah ke Madinah dan disana dipersaudarakan dengan Tamim maula Khuras bin Al-Sommah. • Menyertai agenda – agenda jihad. Khabab antara sahabat yang tidak pernah berkecuali dari mengikuti peperangan bersama Rasulullah dan demikian juga dizaman Umar dan Abu Bakar dalam program pembukaan yang berlangsung di zaman mereka berdua. • Rendah diri dan Zuhudkan dunia. Beliau menetap di Kufah dan membina sebuah rumah yang sederhana dan hidup dengan zuhud. Walaupun dalam serba apa yang ada itu hidupnya, namun beliau tetap merasakan bahawa apa yang dimilikinya itu masih banyak, sehingga pada suatu hari beliau menangis. Beliau sengaja meletakan barangan dirumahnya ditempat yang mudah supaya memeudahkan sahabat yang berhajat mengambilnya. Ketika beliau sedang sakit, beliau diziarahi sahabatnya dan bertannya kepadanya : "Gembira lah wahai Abu Abdillah! kamu akan bertemu Rasulullah di Al Khaud maka beliau mengisyaratkan keatas dan kebawah rumahnya dan berkata :bagaimana dengan ini ?" sedangkan Rasulullah bersabda: (أَنَّهُ يَكْفِيْ أَحَدُكُمْ مِثْلَ زَادِ الرَّاكِبِ) "Bahawa cukuplah seseorang kamu sekadar bekalan orang yang bermusafir" • Suatu hari Khabab memohon kain kafannya maka apabila dibawa kepadanya kain itu tiba-tiba beliau menangis dan berkata: “bahkan Hamzah (bapa saudara Rasulullah ) tidak ada kain kafan kecuali sehelai selendang yang kalau tutup kepala kaki terbuka dan kalau tutup kaki kepala pula terbuka” Bayangkan betapa mewahnya hidup kita hari ini, lebih rela ditumpahkan ke tanah daripada memberikan kepada seseorang. Benarlah apa yang dikata Khabab: Seketika beliau didatangi oleh sahabatnya dirumah sebagai ziarah lantas beliau memberi mereka: “didalam peti itu ada seribu dirham, demi Allah akau tidak pernah baghil dengan wang itu bahka siapa saja yang datang aku berikan kepadanya” – kemudian dari itu beliau menangis- Tanya sahabat-sahabat beliau: apa yang menyebabkan tuan menangis? Jawab beliau: aku menangis kerana sahabat-sahabatku dulu mereka pergi betemu Allah sedangkan dunia ini tidak dapat mengurangkan pahala mereka sedikitpun, (tetapi) sesunguhnya kita yang hidup selepas mereka mempunyai harta dunia yang banyak sehingga tidak ada tempat kecuali ditanah (dibiarkan membazir). Pada tahun 37 hijrah, kembalilah ruhnya menemui Allah dan dikebumikan di Kufah. Kata saiduna Ali r.a.: رَحِمَ اللهُ خَبَّابًا، أَسْلَمَ رَاغِبًا، وَهَاجَرَ طَائِعًا، وَعَاشَ مُجَاهِدًا، وَابْتَلَى فِيْ جِسْمِهِ أَحْوَالاً. “ Semoga Allah merahmati Khabab : beliau masuk Islam kerana kerelaan sendiri, beliau berhijrah kerana taati perintah, beliau hidup sebagi seorang mujahid dan badan diuji dengan berbagai-bagai ujian." MUTIARA HADITH DARI KHABAB: Akibat membantu orang yang zalim عَنْعَبْدِ اللَّهِ بْنِ خَبَّابِ بْنِ اْلأَرَتِّ حَدَّثَنِيأَبِيخَبَّابُ بْنُ اْلأَرَتِّ قَالَ إِنَّا لَقُعُودٌ عَلَى بَابِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَنْتَظِرُ أَنْ يَخْرُجَ لِصَلاَةِ الظُّهْرِ إِذْ خَرَجَ عَلَيْنَا فَقَالَ اسْمَعُوا فَقُلْنَا سَمِعْنَا ثُمَّ قَالَ اسْمَعُوا فَقُلْنَا سَمِعْنَا فَقَالَ إِنَّهُ سَيَكُونُ عَلَيْكُمْ أُمَرَاءُ فَلاَ تُعِينُوهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَمَنْ صَدَّقَهُمْ بِكَذِبِهِمْ فَلَنْ يَرِدَ عَلَيَّ الْحَوْضَ. "Sesungguhnya kami sedang duduk di depan pintu rumah Rasulullah menunggu Rasulullah keluar untuk menunaikan solat Zohor, tiba-tiba baginda keluar dan berkata : “Dengar oleh kamu semua” kata khabab : kami menjawab : kami mendengar. Rasulullah mengulang lagi “Dengar oleh kamu semua” kata Khabab : kami menjawab : kami mendengar. Sabda Baginda : “Sesungguhnya akan datang kepada kamu pemimpin - pemimpin yang tidak boleh kamu menolong mereka kerana kezaliman yang dilakukan, barangsiapa yang membenarkan pembohongan yang dilakukan maka mereka tidak akan melintasi telaga aku di akhirat kelak. Pengajaran : Membantu pemimpin yang zalim dan mempercayai pembohongan mereka nabi tidak akan mengaku umatnya. Arak Punca segala Kejahatan عن خباب بن الأرت قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : إِيَّاكَ وَالْخَمْرَ فَإِنَّ خَطِيْئَتَهَا تَفْرَعُ الْخَطَايَا كَمَا أَنَّ شَجَرَتَهَا تَفْرَعُ الشَّجَرَ. ( نصب الراية 4/357 أخرجه ابن ماجه رقم 3373) "Berhati-hatilah kamu dengan arak, sesungguhnya kejahatannya akan menjalar kepada kejahatan yang lain seperti pokok yang menjalar ke pokok yang lain." Pengajaran: Arak adalah minuman yang diharamkan oleh Allah dan meminumnya akan membuka pintu kepada segala kejahatan yang lain. Selain itu dadah juga boleh disama dengan arak. Kelebihan muslim yang kuat. عن خباب بن الأرت قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: اَللّهُمَّ أَعِزَّ الدِّيْنَ بِعُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ أَوْ بِعَمْرِو بْنِ هِشَامِ يَعْنِيْ أَبَا جَهْلٍ. (كنز العمال 12/814 ) “ Ya Allah muliakanlah agama ini dengan Umar Al Khattab atau Amru bin Hisyam ( Abu Jahal ) Pengajaran : Muslim yang kuat iman dan tenaga lebih baik dari yang lemah. Diharuskan kita memohon hidayah untuk yang bukan muslim. Mengerjakan sesuatu itu Kerana Allah عن خباب بن الأرت قال: هَاجَرْنَا مَعَ رَسُوْلِ اللهِ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ نَبْتَغِيْ وَجْهَ اللهِ. (الزهد لهناد 2/387 ) "Kami berhijrah bersama Rasulullah di jalan Allah kerana mencari keredhaanya." Pengajaran : Keredhaan Allah menjadi keutamaan dalam kehidupan harian kita.
Label: BERSAMA PAK NGAH DERANG |
Sabtu, 17 Oktober 2009
KHABAB BIN AL-ARAT BIN JANDALAH BIN SA’AD AT-TAMIMI – Siri 1
Sesungguhnya beliau seorang sahabat Rasullullah S.A.W, dilahirkan dalam Qabilah Tamim salah satu keluarga di Mekah. Malangnya beliau telah menjadi mangsa kekejaman masyarakat jahiliyyah. Qabilahnya telah diserang dan beliau menjadi tawanan serta dijadikan barang dagangan untuk dijual beli. Pembelinya yang terakhir ialah Ummu Anmaar binti Sibaag seorang perempuan Musyrik Makkah. Kemudian beliau diserahkan kepada tukang besi yang mahir membuat senjata pedang supaya mempelajari kemahiran membuat pedang. Kemahiran yang dimiliki oleh Khabab itu dipergunakan Ummu Anmaar binti Sibaag dengan membuka sebuah bengkel membuat dan menjual pedang . SAHABAT YANG KEENAM MENERIMA ISLAM Sambil meneruskan perniagaan, beliau tidak menutup mata dan membekukan fikiran dari berfikir dan merenung gelagat masyarakat dan telatah remaja sekitar kawasannya yang telah jauh hanyut dibawa arus jahiliyyah, beliau turut mengeluh dengan suasana yang serba mencabar keimanan itu. Akhirnya keluhan itu terjawab apabila terdengar tentang kedatangan dan kebangkitan seorang Rasul, peluang ini diambilnya untuk mendengar penjelasan dan penerangan sehingga Allah membuka pintu hatinya untuk menerima Islam dihadapan baginda S.A.W Beliau adalah antara sahabat yang terawal menerima Islam sebagai Ad-Din.Malah beliau merupakan sahabat yang keenam memeluk Islam dan menjadi antara orang-orang yang terawal menzahirkan keislamannya di Kota Makkah. UJIAN TIKET KEAMPUNAN. Keutuhan imannya terus diuji, berita tentang keislamannya telah diketahui oleh mereka yang memusuhi Islam, maka tidak kurang tekanan dan seksaan yang diterima keatasnya akan tetapi beliau menghadapi semuanya dengan penuh kesabaran dan ketaqwaan. Antara ujian yang dilaluinya ialah: 1. Diseksa dengan api : Itulah peristiwa yang paling menarik ketika Umar bertanya kepadanya tentang hari yang paling dahsyat seksaan yang beliau lalui. “Ya Amirul Mukminin! Tengoklah di belakang aku” Umar pun melihat dan bertanya : "Apa kejadiannya hari itu? Jawab Khabab : “Aku telah dibakar dengan api, aku cuba untuk mamadamnya, tapi tidak ada yang memadamnya kecuali lemak yang keluar dari belakang aku” Allah Mengasihi Hambanya Yang Soleh . Ummu Anmar perempuan kaya bukan sahaja telah membeli dan memberi pendidikan kemahiran kepada Khabab, malah juga antara perempuan yang paling memusuhi keislamannya, dengan berbagai seksaan dan deraan yang dilakukan keatasnya, bukan sekali Khabab di letak diatas bara api yang sedang menyala bahkan beberapa kali dan diletakan pula batu atasnya sehingga tidak mampu bangun berdiri. Ummu Anmar juga pernah menyeksa Khabab dengan besi yang panas di kepala beliau. Walau bagaimana pun Allah maha kuasa dan mengetahui segala perbuatan hambanya, secara rahsia atau terang terangan. Seseorang yang melakukan kezaliman tetap akan diadili Allah di dunia atau akhirat. Selang beberapa ketika, tibalah masanya giliran Ummu Anmar terkena penyakit sakit kepala yang amat perit sehingga menyebabkan dia menjerit kesakitan seperti anjing menyalak. Anak-anaknya cuba membantu dengan mencarikan ubat-ubatan, namun tiada ubat yang dapat menyembuhkannya melainkan Al-Kayie. Tiada pilihan lain melainkan itu yang terbaik dirasakan. Lalu kepalanya yang sakit itu dipanaskan dengan besi yang panas merah diletak dikepalanya dan akibat hilang segala-segalanya. 2. Ujian dalam pejuangan. وَذَاتَ يَوْمٍ كَثُرَ التَّعْذِيْبُ عَلَى خَبَّابِ وَإِخْوَانِهِ الْمُسْلِمِيْنَ الْمُسْتَضْعَفِيْنَ، فَذَهَبَ مَعَ بَعْضِ أَصْحَابِهِ إِلَى رَسُوْلِ اللهِ صلى الله عليه وسلم وَكَانَ مُتَّكِئًا فِيْ ظِلِّ الْكَعْبَةِ، وَقَالُوْا: يَا رَسُوْلَ اللهِ، أَلاَ تَسْتَنْصِرُ لَنَا، أَلاَ تَدْعُوْ لَنَا؟ فَقَالَ لَهُمْ رَسُوْلُ اللهُ: ( قَدْ كَانَ مِنْ قَبْلِكُمْ يُؤْخَذُ الرَّجُلُ فَيُحْفَرُ لَهُ فِي اْلأَرْضِ فَيُجْعَلُ فِيْهَا، فَيُجَاءُ بِالْمِنْشَارِ فَيُوْضَعُ عَلَى رَأْسِهِ فَيَجْعَلُ نِصْفَيْنِ، وَيَمْشُطُ بِأَمْشَاطِ الْحَدِيْدِ مَا دُوْنَ لَحْمِهِ وَعَظْمِهِ، فَمَا يَصُدُّهُ ذلِكَ عَنْ دِيْنِهِ، وَاللهُ لَيُتِمَّنَّ هذَا اْلأَمْرِ حَتَّى يَسِيْرَ الرَّاكِبُ مِنْ صَنْعَاءَ إِلَى حَضْرَمَوْتَ لاَ يَخَافُ إِلاَّ اللهَ وَالذِّئْبُ عَلَى غَنَمِهِ، وَلكِنَّكُمْ تَسْتَعْجِلُوْنَ) [البخاري]. "Khabab dan bersama dengan beberapa sahabat yang lain mendatangi Rasulullah yang sedang berehat dibawah teduhan Ka’bah dan bertanya : Ya Rasulullah tidak mahukah kamu memohon pertolongan dan berdoa untuk kami ? Sabda Rasulullah : Sesungguhnya orang- orang yang terdahulu dari kamu mereka di tangkap dan dimasukan kedalam lubang yang telah digali untuknya, didatangkan dengan gergaji, kepalanya di belah dua, setelah itu badan mereka dicakar dengan pencakar besi dan terpisahlah daging dan tulangnya namun mereka tetap cekal dengan keimannannya, demi Allah ! Allah akan meneruskan jihad hambanya untuk menegakkan agama Islam ini dan sehingga seseorang itu dapat meneruskan perjalannya dari Son’a ke Haratmaut dengan tiada ada perasaan takut hanya lah kepada Allah atau serigala yang akan menerkam kambingnya, tetapi kamu terlalu gopoh. (untuk mendapat kemenangan itu. 3. Dinafikan Hak Khabab sahabat yang sangat mencintai agama Islam, kecintaannya itu menyebabkan beliau sangup berkorban demi memartabatkan Islam dengan jiwa dan hartanya yang terbaik . Al-A’sh bin Wa-el salah seorang pelangan Khabab yang telah membeli pedang darinya secara hutang, suatu hari datang Khabab menuntut hutang darinya, tiba-tiba Al-A’sh berkata “ Aku tidak akan membayar sesuatu pun sehingga engkau kufur dengan ugama Muhammad” jawab Khabab : Tidak ! Demi Allah aku tidak akan kufur dengan ugama Muhammad sehingga kamu mati dan dibangkitkan” kata Al-A’sh sambil mempermain- mainkannya : “Sesungguhnya bila aku mati kemudian dibangkitkan, lalu kamu datang pada aku hari kiamat nanti sedangkan aku disana mempunyai harta yang banyak dan anak-anak , maka merekalah yang akan membayarkannya” . Setelah mendengar jawapan Al-A’sh itu maka Khabab menceritakan kepada Baginda S.A.W lalu turun Ayat : {أََفَرَأَيْتَ الَّذِيْ كَفَرَ بِآيَاتِنَا وَقَالَ لآُوْتَيَنَّ مَالاً وَوَلَدًا} [مريم: 77ابن سعد والبخاري].
Label: BERSAMA PAK NGAH DERANG |
Sabtu, 19 September 2009
IKLAN
|