Jumaat, 17 Julai 2009
AS-SYIFA BINTI ABDULLAH - PENDIRIAN SEORANG DA`E (Siri 2)
7.BERMASYARAKAT Dari Sulaiman bin Abi Hasmah berkata : As-Syifa’ menceritakan; Bahawa pada bulan puasa Umar masuk ke rumah aku, tiba-tiba beliau mendapati dua orang lelaki sedang tidur dan beliau terus bertanya: “Apa hal dua orang ini, aku tidak nampak mereka di masjid pun …??” Jawab As-Syifa’: “Wahai Amirul Mukminin mereka berdua telah pun solat subuh cuma malam tadi mereka bedua solat malam sampai ke pagi maka lepas solat subuh mereka tidurlah..” فقال عمر: لأَنْ أُصَلِّيَ الصُّبْحَ فِيْ جَمَاعَةٍ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ أَنْ أُصَلِّيْ لَيْلَةً حَتَّى أَصْبَحَ. ( طبقات ابن سعد 8/22797) Kata Umar: “..Sesungguhnya aku lebih suka solat subuh berjamaah dari solat malam sampai ke pagi…” Pengajaran: a. Solat subuh berjamaah, lebih besar ganjaran daripada solat sepanjang malam, tetapi jika kedua-duanya dapat dilakukan maka lagi besar pahalanya. b. Istimewanya pemimpin yang bertaqwa boleh mengingatkan rakyatnya dari kelalaian. 8. TEGAS As-Syifa’ menceritakan kisah sedih yang terjadi kepada utusan Rasulullah iaitu Abdullah bin Hadaqah As-Sahmi katanya menceritakan peristiwa tersebut: Berakhirnya peristiwa Hudaibiyah Rasulullah telah mengutus Abdullah bin Hadaqah As-Sahmi untuk bertemu Raja Kisra pemimpin Parsi dan bersamanya surat dari Baginda. Kandungan surat itu: بسم الله الرحمن الرحيم، مِنْ مُحَمَّدٍ رَسُوْلِ اللهِ إِلَى كِسْرَى عَظِيْمِ الْفُرْسِ، سَلاَمٌ عَلَى مَنِ اتَّبَعَ الْهُدَى وَآمَنَ بِاللهِ وَرَسُوْلِهِ، وَشَهِدَ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، أَدْعُوْكَ بِدَاعِيَةِ اللهِ، فَإِنِّيْ أَنَا رَسُوْلُ اللهِ إِلَى النَّاسِ كَافَّةً، لِيُنْذِرَ مَنْ كَانَ حَيًّا وَيَحِقَّ الْقَوْلُ عَلَى الْكَافِرِيْنَ، أَسْلِمْ تَسْلَمْ، فَإِنْ أَبَيْتَ فَإِنَّ عَلَيْكَ إِثْمَ الْمَجُوْسِ. رواه الطبراني ورجاله رجال الصحاح. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, dari Muhammad utusan Allah kepada Kisra pemimpin Parsi, Kesejahteraan ke atas orang yang mengikuti Al-Huda, beriman dengan Allah dan RasulNya, menyaksikan bahawa tidak ada tuhan selain Allah yang tiada sekutu bagiNya dan menyaksikan bahawa Muhammad itu hamba dan RasulNya. Aku mengajak kamu dengan seruan Allah, sesungguhnya aku utusan Allah yang diutuskan untuk sekalian manusia, supaya memberi peringatan kepada orang yang hidup dan lebih berhak lagi orang yang kufur, masuk Islamlah kamu, nescaya kamu selamat jika kamu enggan maka ke atasmu segala dosa orang–orang majusi. Setelah surat tersebut dibaca maka Kisra mengambilnya dengan rakus dan terus mengoyaknya. Namun al-kisah surat itu tidak terhenti di situ sahaja bahkan sampai ke pengetahuan Baginda dan Rasulullah pun mendoakan kecelakaan: مزق الله ملكه “Allah pasti menhancurkan kerajaannya” permintaan itu didengari Allah dan seperti yang didoakan pun berlaku. Kisra mati dibunuh anaknya sendiri - Syirwaieh - akibat dari refomasi rakyatnya yang tidak puas hati dengan kekalahan Parsi melawan Rom. rujuk: (الرحيق المختوم 324 ) Pengajaran : a. Rakyat menanggung keresahan dan dibelenggu ketakutan apabila pemerintah menyanggah perintah Allah dan undang-undang manusia yang disepakati bersama. b. Pemimpin Islam sepatutnya berani seperti keberanian Rasulullah mengajak pemimpin kuffar untuk menerima Islam. 9. MENGHORMATI PEMIMPIN Umar Abdul Aziz bertanya kepada Abu Bakar bin Sulaiman; Siapakah orang yang pertama dari hamba Allah ini yang ditulis dengan gelaran Amirul Mukminin? Sulaiman menceritakan As-Syifa’ memberitahu bahawa Labib bin Rabi’ah dan A’di bin Hatim mereka berdua telah datang ke Madinah. Sesampai mereka di masjid mereka berdua terserempak dengan Amru ibn Al-a’sh dan mereka mohon mengadap: يَا ابْنَ الْعَاصِ اِسْتَأْذِنْ لَنَا عَلَى أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ، فَقَالَ: أَنْتُمَا وَاللهِ أَصَبْتُمَا اِسْمَهُ فَهُوَ اْلأَمِيْرُ وَنَحْنُ الْمُؤْمِنُوْنَ، فَدَخَلَ عَمْرُو عَلَى عُمَرَ فَقَالَ: اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا أَمِيْرَ الْمُؤْمِنِيْنَ، فقال عمر: مَا هَذَا؟ فقال: أَنْتَ اْلأَمِيْرُ وَنَحْنُ الْمُؤْمِنُوْنَ. فَجَرَى الْكِتَابُ مِنْ يَوْمَئِذٍ. رواه الطبراني ورجاله رجال الصحاح “Tolong minta izin untuk kami bertemu Amirul Mukminin?” Kata Al-A’sh: demi Allah tepat sekali kamu namakanya Amirul Mukminin memang beliau Amir, adapun kita adalah orang yang beriman المؤمنون . Kemudian, Amru pun masuk menemui Umar dengan membuka kata: السلام عليك يا أمير المؤمنين . Umar terkejut dengan salam itu dan bertanya: "apa jenis salam ini?" jawab Amru: "kamu amir sedangkan kami orang mukminun". Maka bermula dari hari itu mulalah gelaran tersebut tersebar sehingga hari ini. Pengajaran : a. Umar Al-Khatab adalah orang pertama di beri gelaran amirul mukminin. b. Ucapan "salam" merupakan ucapan pembukaan terbaik untuk pemimpin dan yang dipimpin. 10. MENGHORMATI KERABAT RASULULLAH عن محمد بن سلام قال: أَرْسَلَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ إِلَى الشِّفَاءِ بِنْتِ عَبْدِاللهْ الْعَدَوِيَّةِ أَنْ أُغْذِيَ عَلَيَّ، قالت: فَغَدَوْتُ عَلَيْهِ فَوَجَدْتُ عَاتِكَةَ بِنْتَ أَسِيْدِ بْنِ أَبِي الْعَاصِ بِبَابِهِ فَدَخَلَنَا فَتَحَدَّثْنَا سَاعَةً فَدَعَا بِنَمَطٍ فَأَعْطَاهَا إِيَّاهُ وَدَعَا بِنَمَطٍ دُوْنَهُ وَأَعْطَانِيْهِ قَالَتْ فَقُلْتُ: يَا عُمَرُ أَنَا قَبْلَهَا إِسْلاَمًا وَأَنَا بِنْتُ عَمِّكَ دُوْنَهَا وَأَرْسَلْتَ إِلَيَّ وَأَتَتْ مِنْ قِبَلِ نَفْسِهَا، قال: مَا كُنْتُ رَفَعْتُ ذَلِكَ إِلاَّ لَكَ فَلَمَّا اجْتَمَعْتُمَا تَذَكَّرْتُ أَنَّهَا أَقْرَبُ إِلَى رّسُوْلِ الله صلى الله عليه وسلم مِنْكَ. ( الإصابة 8/10) Dari Muhammad bin Salam berkata Umar menjemput As-Syifa’ ke rumahnya; kata As-Syifa: “Aku pun pergi ke rumahnya, tiba-tiba aku dapati Atikah bin Asid bin Abi A’sh di pintu, maka kami pun masuk bersama ke dalam dan berbual–bual seketika, lalu Umar pun mengambil beberapa barangan dan memberikannya kepada Atikah kemudian beliau mengambil barangan yang lain pula dan memberikannya padaku”. Aku bertanya kepada Umar: Wahai Umar aku menerima Islam dahulu darinya (Atikah), aku anak perempuan bapa saudaramu bukanlah dia, aku datang diundang, sedang dia datang sendirian?, mengapakah kamu dahulukan dia dan utamakannya dariku..? kata Umar: “tidak akan aku lakukan demikian melainkan kamulah orang yang aku utamakan tetapi apabila kamu berdua bertemu dalam satu masa, aku teringat bahawa beliau adalah orang yang paling dekat dengan Rasulullah yang patut aku beri keutamaan. Pengajaran : a. Kerabat Rasulullah lebih berhak dihormati, adapun menghina mereka adalah seperti menghina Baginda S.A.W. b. Meraikan orang yang pernah diraikan oleh Rasul S.A.W. adalah satu tuntutan. sepertimana As-Syifa pernah diberi keutamaan oleh Umar pada ketika yang lain. KESIMPULAN - AMAL ISLAMI عن الشفاء بنت عبد الله وَكَانَتِ امْرَأَةٌ مِنَ الْمُهَاجِرَاتِ قَالَت: إِنَّ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم سُئِلَ عَنْ أَفْضَلِ اْلأَعْمَالِ؟ فقال: إِيْمَانُ بِاللهِ وَجِهَادُ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ عَزَّوَجَلَّ وَحَجٌّ مَبْرُوْرٌ. Dari As-Syifa: "Sesungguhnya Rasulullah telah ditanya tentang amalan yang paling afdhal maka bersabda Baginda: “beriman kepada Allah, berjihad di jalan Allah dan haji mabrur …” Pengajaran : a. Syarat bagi segala amalan badaniyyah dan ruhiyyah yang diterima Allah ialah iman. b. Untuk membuktikan keimanan seseorang mestilah melalui proses jihad yang tidak terhad hanya di medan perang malah jihad melangkaui semua aspek Jihadiiah. c. Haji merupakan terjemahan kepada dua elemen di atas. DOA KETIKA SAMPAI RUMAH PADA KETIKA HARI MASIH SIANG انَ رَسُوْلُ اللهِ إِذَا رَجَعَ مِنَ النَّهَارِ إِلَى بَيْتِهِ، يَقُوْلُ: اَلْحَمْدُ لله الَّذِيْ كَفَانِي وَآوَانِيْ، وَالْحَمْدُ لله الَّذِيْ أَطْعَمَنِيْ وَسَقَانِي، وَالْحَمْدُ لله الَّذِيْ مَنَّ عَلَيَّ. أَسْأَلُكَ أَنْ تُجِيْرَنِي مِنَ النَّارِ. Apabila Rasulullah SAW pulang ke rumah di siang hari baginda mengucapkan, 'Segala puji bagi Allah yang telah mencukupiku dan melindungiku. Segala puji bagi Allah yang telah mem-beriku makan dan minum. Segala puji bagi Allah yang telah memberi nikmat kepadaku. Aku memohon kepadaMu perlindungan dari neraka'." Sanadnya dhaif.
Label: BERSAMA PAK NGAH DERANG |