DAPATKAN MAJALAH ILHAM EDISI TERBARU 09 - 2009. KINI DI PASARAN.
klik disini untuk ke laman MAJALAH ILHAM
IKUTI PERKEMBANGAN TERKINI DI klik disini untuk ke laman MAJALAH ILHAM


MALIS IDUL ADHA
Tarikh : 11 nov. 2008
Tempat : Rumah PPMS
Mas’ul : ali zainal abidin

HAFLAH TAKHARRUJ
Tarikh : 20 syawal 1430 / 8 okt. 2009
Tempat : Rumah PPMS
Mas’ul : Lajnah Perhubungan

MAJLIS SAMBUTAN IDUL FITRI
Tarikh : 20 syawal 1430 / 8 okt. 2009
Tempat : Rumah PPMS
Mas’ul : Lajnah Perhubungan

KEMASKINI MAKLUMAT AHLI
Tarikh : sepanjang tahun
Mas’ul : Setiausha

BULETIN ILTIZAM
Tarikh : Bulanan
Mas’ul : Lajnah Penerangan

MAJALAH ILHAM
Tarikh : 4 bulan sekali
Mas’ul : Wan Muhammad

LIQA A’ILIYAH SEMPENA IMTIHAN
Tarikh : Sebelum Imtihan
Tempat : Rumah PPMS
Mas’ul : Lajnah Pendidikan

URUS SUMBANGAN KITAB KE DERANG
Tarikh : tidak bertarikh
Mas’ul : Lajnah Kebajikan

IFTOR JAMAIE
Tarikh : belum ditetapkan
Tempat : belum ditetapkan
Mas’ul : Lajnah Pendidikan

MAJLIS TA’BIN AL MARHUM SYEKH NIAMAT YUSUF
Tarikh : belum ditetapkan
Tempat : belum ditetapkan
Mas’ul : Lajnah Pendidikan

MAKLUM NATIJAH IMTIHAN
Tarikh : akhir tahun
Mas’ul : Setiausha

MESYUARAT AGUNG PMTIS KE 13
Tarikh : 20 syawal 1430 / 8 okt. 2009
Tempat : Rumah PPMS
Mas’ul : Lajnah Perhubungan





"SESUATU RINTANGAN AKAN MENJADI MUDAH UNTUK DI HADAPI APABILA IA DIANGGAP SEBAGAI PELUANG"

"TIADA REALITI TANPA IMPIAN" -AR RAHIL AYAHNDA UST NIAMAT

"APABILA ANDA SAKIT HATI KEPADA ORANG LAIN, KETAHUILAH.... ANDA TELAH TERKENA PENYAKIT HATI"







Syeikh Yusuf Al- Qardawi
Syeikh Said Ramadhan Al-Bouti
Syeikh Wahbah Az-Zuhayli
Harun Yahya
Syeikh Habib Omar b. Muhammad
Syeikh Abdul Fatah Abu Ghoddah
Syeikh Habib Al Jifri
Syeikh Faisal Mauluwi
Syeikh Abdul Khadir Al-Khatib
Syeikh Muaz Khatib
Syeikh Faisal Mauluwi
Syeikh Abdul Khadir Al-Khatib
SaifulIslam
Suasana di Malaysia
Media Muslim
Portal Ukhuwah
Portal Muslimah
Persatuan Pengguna Islam Malaysia
Teras Keupayaan Melayu
Ulama'



klik disini untuk ke laman MAMTIY

klik disini untuk ke laman PPMS

klik disini untuk ke laman KKDS

klik disini untuk ke laman IRHAMI



Ahad, 5 April 2009
Panduan Halal Haram - Bahagian 1


Oleh : Mohd Azhar Yusof



Pasaran umat Islam kini di kuasai oleh golongan bukan islam, jadi secara lansung tanpa kita sedari umat islam menjadi umat pengguna, golongan bukan islam mengeluarkan barangan yang tidak halal dan suci pada pandangan islam, dan ini di lakukan secara sengaja atau pun tidak sengaja, barangan keluaran bukan islam kebanyakkannya berunsurkan najis atau berunsurkan bahan-bahan kimia yang boleh memudhratkan manusia dan alam sekitar.


Jadi kita sebagai umat islam harus peka dan berhati-hati tentang hal Halal Haram dalam makanan dan pemakaian seharian, kerana dua perkara ini sudah di kuasai oleh golongan bukan islam. Di satu sudut lagi yang menjadi masalahnya ialah golongan bukan islam mengeluarkan barangan yang tidak memenuhi syarat-syarat dan kehendak islam, atau pun mereka mengambil sijil atau logo halal dan mematuhi peraturan sijil atau logo itu, tetapi selepas mendapat logo atau sijil halal mereka tidak mematuhi arahan dan peraturan sijil atau logo tersebut, apa yang terjadi ialah sijil dan logo hala terus di selubungi keraguan dan syak wasangka, ini kerana mereka hanya mementingkansoal untung semata-mata tanpa mengambil kira akibat yang akan berlaku di masa hadapan. Dari sudut yang lain pula umat islam leka berasa cukup sekadar menjadi pengguna bukannya pengeluar, ini dapat kita lihat 70-80 peratus umat islam berkerja makan gaji, yang terlibat dalam bidang usahawan ataupun perniagaan sangatlah kecil.


Apa yang pentang dalam soal halal haram ini ialah kesan atau tindak balas pemakanan terhadap tabiat atau kelakuan dan perbuatan manusia, makanan yang halal akan membentuk tingkah laku yang baik murni, makanan yang haram akan membentuk jiwa yang jahat lagi liar, Al-Quran dan As-Sunnah kajian-kajian perubatan sudah mengesahkan kesan atau tindakbalas sebarang pemakanan terhadap tingkah laku manusia. Jadi dalam mencari penyelesaian terhadap isu halal haram umat Islam seharusnya peka dan berhati-hati dalam soal halal haram dengan menjadi pengeluar bukan pengguna, dan berusaha mencari untuk mendapat maklumat selengkapnya tentang soal halal haram supaya dapat mengelak dan mengetahui selok belok soal ini yang mana semakin hari semakin bertambah ''bahaya'' kesannya terhadap umat islam.


Jadi dalam bahagian ini kita akan lampirkan beberapa maklumat penting sekitar soal halan haram, moga-moga ianya menjadi panduan kepada semua umat islam:


1. Secara umumnya sebelum membeli sebarang makanan hendaklah bertanya atau membaca kandungan makanan tersebut dengan terperinci, tetapi yang menjadi masalahnya ialah sesetangah pengeluar tidak menyenaraikan keseluruhan kandungan sesuatu makanan, mereka hanya sekadar menyenaraikan bahan-bahan utama dalam makanan tersebut.


2. Barangan menjadi tidak halal dan selamat apabila bersumberkan babi, anjing, binatang yang tidak boleh dimakan, binatang yang tidak di sembelih secara syarak, tercemar kotor, arak, bahan kimia, racun, najis binatang dan sebagainya.


3. Mengetahui istilah-istilah bahan kandungan makanan, contoh: ''vegetable fat'' (lemak sayuran) istilah ini akan di tulis apabila kandungan lemak sayuran ini lebih banyak dari ''animal fat'' (lemak binatang). ''Lard'' (lemak babi), ''Bristle'' (bulu binatang), ''Alcohol'' (arak), ''Pork'' (daging babi), Hog (babi hutan), PiQ (babi), GMO Food (genetical modification organism: makanan yang telah di ubah suai benihnya seperti benih babi di kahwinkan dengan benih tomato) dan lain-lain istilah lagi yang kebanyakkannya dari bahasa inggeris.


4. Mengetahui kod-kod makanan seperti E100, E131, E422. E bermaksud (EC) kesatuan eropah, yang bermaksud pengunaan Bahan Nombor E tersebut di luluskan penggunaannya di Negara kesatuan eropah, kini Nombor E di gunakan serata dunia termasuk Malaysia. E100 hingga E199: pewarna/E200-E299: pengawet/E300-E399: pengoksida, fosfat, antipengoksida/E400-E499: pemekat, pelembab, pencegah ketulan, pemantap/ E500-E599: garam dan adunan lain/E600-E699: penambah perisa/E900-E999: pengilat, pemanis, sebatian untuk tepung/E1000-1399: pelbagai bahan penambah makanan/E1400-E1499: kanji tiruan. Walaupun begitu ada juga bahan-bahan bernombor tanpa awalan E.


5. Senarai Nombor E yang di ragui kehalalannya: E100/ E101/ E102/ E120/ E122/ E123/ E124/ E127/ E131/ 132/ E142/ E151/ E153/ E160a/ E160c/ E160d/ E160e/ E160f/ E161a/ E161b/ E161c/ E161d/ E161e/ E161f/ E161g/ E162/ E304/ E306/ E312/ E320/ E322/ E411/ E422/ E470/ E471/ E472/ E473/ E474/ E475/ E477/ E481/ E482/ E483


6. Nombor ramuan tanpa awalan E yang juga di ragui: 107/ 128/ 133/ 154/ 155/ 430/ 431/ 432/ 433/ 434/ 435/ 436/ 476/ 478/ 491/ 492/ 493/ 494/ 495/ 542/ 544/ 566/ 570/ 572/ 620/ 621/ 622/ 623/ 627/ 631/ 907/ 920.


7. Sebahagian dari barangan yang kebanyakkannya di cemari dan di ragui: agar-agar (jeli), daging import dan cara sembelihan, perencah makanan seperti Ajinomoto, MSG (monosodium glutamate), minuman berkola, berus kasut gigi lukisan cat tukang gunting rambut, sabun mandi basuh, minyak wangi, pewangi makanan (esen vanilla), filem, foto, keju, susu, gula, garam, teh, minuman koko (milo dll) kopi, neskafe, biskut, hambergur, sosej, fishball fishcake, kek, roti-roti, bahan kosmetik, makanan GMO, aiskrim, rempah, kunyit, beras, pinggan mangkuk, gula-gula, lilin, me bihun, tepung, belacan, budu, cencaluk, otak udang, sos, kicap, keropok, serbuk perisa minuman, jus, kordial sirap, ikan, yis, serbuk penaik, serbuk pencuci, perwarna makan, ubat gigi, syampu, ikan, daging, satay, makanan binatang ternakan, ubat-ubatan, makanan segera dan dalam tin, barangan kulit, dan lain-lain lagi.


8. Penambah makanan yang meragukan perlu di elak: Mono&digliserida (asid atau kimia lemak dari minyak sayuran dan lemak binatang), Gelatin (zat dari kulit binatang), Enzim (bahan kimia dari binatang dan tumbuhan), gleserin (dari lemak atau minyak binatang, sayur, bahan petrol), Alkohol (bahan memabukkan), Renet (bahan dari perut anak binatang).


9. Bahan haram, najis, kimia dalam makanan: tahi lembu, biawak, kertas, tisu, pewarna pakaian, air kencing manusia dan binatang, lendir siput babi, babi (usus, kulit bulu, hati, limpa dll), janin, uri, kura-kura, ular sawa, kulit buah, lilin, arak, tulang binatang, melamin (racun), formalin (pengawet mayat), hormon (bahan kimia dari anggota), L-cysteine (bahan dari rambut, bulu, tanduk, petroleum, sintetik), darah binatang, habuk papan, dedak ayam, tawas, gam kayu, kumbang merah, musang, air ketuban, kulit manusia.


10. Nama penambah rasa di Malaysia: Aji-no-moto, Indonesia: Mi Pung, Thailand dan Veitnam: Vedan, Jepun: Aji-Shio, China: wei Jing.


11. Nama lain Penambah rasa: Protein yang di hidrolis, sodium caseinate, calcium caseinate, pati ragi, protein bertekstur, asid glutamik.


Sebagai satu permulaan yang baik mari kita sama-sama merenung satu kajian tentang agar-agar atau jeli yang menjadi kegunaan orang ramai:


1. Agar-agar adalah sejenis tumbuhan laut berwarna merah.


2. Beberapa negara pengeluar agar-agar seperti Jepun, Korea selatan, Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand.


3. Pengeluar mencampurkan agar-agar dengan gelatin untuk menambah sifat agar-agar dan meningkatkan berat timbangannya.


4. Agar-agar di import dari Korea selatan dan Jepun di bungkus dan di pasarkan di Malaysia.


5. Kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pada tahun 1985 terhadap 20 jenis agar-agar yang di jual di seluruh Malaysia, 13 daripadanya mengandungi gelatin (babi atau binatang yang tidak di sembelih) yang haram di makan oleh umat islam.


6. Gelatin sudah di sahkan ''haram'' oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia.


Cukup sekadar ini, moga semua mendapat manfaat, ikuti dalam keluar yang akan datang dengan beberapa pendedahan lain secara lebih terperinci, InsyaAllah, segala teguran dan pembetulan amat-amatlah di harapkan, wassalam.


Rujukan:


- Panduan Halal haram Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)


- Slide Show Syarikat Sidratul Sdn. Bhd