DAPATKAN MAJALAH ILHAM EDISI TERBARU 09 - 2009. KINI DI PASARAN.
klik disini untuk ke laman MAJALAH ILHAM
IKUTI PERKEMBANGAN TERKINI DI klik disini untuk ke laman MAJALAH ILHAM


MALIS IDUL ADHA
Tarikh : 11 nov. 2008
Tempat : Rumah PPMS
Mas’ul : ali zainal abidin

HAFLAH TAKHARRUJ
Tarikh : 20 syawal 1430 / 8 okt. 2009
Tempat : Rumah PPMS
Mas’ul : Lajnah Perhubungan

MAJLIS SAMBUTAN IDUL FITRI
Tarikh : 20 syawal 1430 / 8 okt. 2009
Tempat : Rumah PPMS
Mas’ul : Lajnah Perhubungan

KEMASKINI MAKLUMAT AHLI
Tarikh : sepanjang tahun
Mas’ul : Setiausha

BULETIN ILTIZAM
Tarikh : Bulanan
Mas’ul : Lajnah Penerangan

MAJALAH ILHAM
Tarikh : 4 bulan sekali
Mas’ul : Wan Muhammad

LIQA A’ILIYAH SEMPENA IMTIHAN
Tarikh : Sebelum Imtihan
Tempat : Rumah PPMS
Mas’ul : Lajnah Pendidikan

URUS SUMBANGAN KITAB KE DERANG
Tarikh : tidak bertarikh
Mas’ul : Lajnah Kebajikan

IFTOR JAMAIE
Tarikh : belum ditetapkan
Tempat : belum ditetapkan
Mas’ul : Lajnah Pendidikan

MAJLIS TA’BIN AL MARHUM SYEKH NIAMAT YUSUF
Tarikh : belum ditetapkan
Tempat : belum ditetapkan
Mas’ul : Lajnah Pendidikan

MAKLUM NATIJAH IMTIHAN
Tarikh : akhir tahun
Mas’ul : Setiausha

MESYUARAT AGUNG PMTIS KE 13
Tarikh : 20 syawal 1430 / 8 okt. 2009
Tempat : Rumah PPMS
Mas’ul : Lajnah Perhubungan





"SESUATU RINTANGAN AKAN MENJADI MUDAH UNTUK DI HADAPI APABILA IA DIANGGAP SEBAGAI PELUANG"

"TIADA REALITI TANPA IMPIAN" -AR RAHIL AYAHNDA UST NIAMAT

"APABILA ANDA SAKIT HATI KEPADA ORANG LAIN, KETAHUILAH.... ANDA TELAH TERKENA PENYAKIT HATI"







Syeikh Yusuf Al- Qardawi
Syeikh Said Ramadhan Al-Bouti
Syeikh Wahbah Az-Zuhayli
Harun Yahya
Syeikh Habib Omar b. Muhammad
Syeikh Abdul Fatah Abu Ghoddah
Syeikh Habib Al Jifri
Syeikh Faisal Mauluwi
Syeikh Abdul Khadir Al-Khatib
Syeikh Muaz Khatib
Syeikh Faisal Mauluwi
Syeikh Abdul Khadir Al-Khatib
SaifulIslam
Suasana di Malaysia
Media Muslim
Portal Ukhuwah
Portal Muslimah
Persatuan Pengguna Islam Malaysia
Teras Keupayaan Melayu
Ulama'



klik disini untuk ke laman MAMTIY

klik disini untuk ke laman PPMS

klik disini untuk ke laman KKDS

klik disini untuk ke laman IRHAMI



Nama:
Lokasi: Damascus, Syria

PMTIS adalah sebuah badan sekolah yang bernaung di bawah Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS). Ia ditubuhkan bertujuan menjaga kebajikan para pelajar Ma`ahad Tarbiah Islamiah Derang di Syria disamping membantu para pelajar dalam mendalami dan menimba ilmu di bumi Syria bagi mencapai matlamat “KEARAH MELAHIRKAN GENERASI ULAMA”.






MUSYRIF
Zul Fadhli bin Yusof

KETUA UMUM
Omar Faruq Bin Mohamad Ali Rajab

TIMB. KETUA UMUM
Nizam Abd Aziz

SETIUSAHA
Muhammad Yusrizal Yushar

BENDAHARI
Luqmanulhakim Ridhuan

LAJNAH PENDIDIKKAN
Khairul Ni’amat Doll Kawaid

LAJNAH PENERANGAN & PERHUBUNGAN
Abd Aziz Ahmed

LAJNAH KEBAJIKAN
Ikhwan Khalid







DR. WAHBAH AZ-ZUHAILY TOKOH MAAL HIJRAH 1430

Wajarkah PPMSI diteruskan? - HASHRUL NIEZAM

Terapi solat

dari hashrul utk pmtis

tolong semak status kuliah dakwah islamiah abo nour..

KETUA UMUM PMTIS 2008/2009

GAMBAR SEKITAR MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PMTIS



MTI Derang

Nor Ashan

Amir Nason

Amri Nason

Helmi Sanib

Lokman Hakim

Farid Hamdi

Azfar



-::Nouran Creative::-



Free Hit Counter
Free Hit Counter

Ahad, 11 Januari 2009
APABILA DUNIA MENGHIJAB
cermindiri15.blogspot.com

Kesegaran udara pagi yang dihirup dengan ketenangan suasana hari ini mewajibkan kita untuk terus mengucap syukur ke hadratNya. Dengan nikmat yang melimpah ruah, berbekalkan iman dan islam kita masih berpeluang menghargainya dengan perbuatan amal ibadah sepanjang hari yang dilaksanakan tanda penghargaan kita di atas segala nikmat diberi seperti yang dituntut. Ini kerana bukan semua umat manusia merasai nikmat tersebut.

Hari ini, saudara kita di palestin sana terus dirundung ujian. Sudah 15 belas hari mereka berpagikan ledakan bom dan kehingaran bunyi senjata bersimpang siur. Esak tangis kesedihan memenuhi ruang hidup harian meratap kematian, kecederaan tubuh dan kesakitan menanggung derita. Harapan mereka masih menggunung. Inginkan keamanan dan Negara merdeka.

Israel terus berani melaksanakan aktiviti kebinatangan mereka dalam usaha mencapai matlamat Israel raya. Walaupun ramai pihak sudah berusaha campur tangan menghentikannya, bagi mereka itu hanya gangguan picisan terhadap matlamat mereka. Kekejaman itu adalah sifat mereka kerana matlamat menghalalkan cara. Berpandukan motto itu, kebenaran dirasakan berada di pihak mereka.

Siapa yang berani menghalang?... Tiada langsung kedengaran laungan pengganas yang dilabelkan kepada mereka. Kerana mereka adalah benar.

Arab Saudi terus bertindak sebagai pemerhati, mencontohi rakan sekutunya Amerika syarikat. Setelah desakan demi desakan disuarakan, akhirnya mereka memutuskan untuk tidak menghentikan jualan minyak mentah kepada Negara Israel. Mereka beranggapan minyak adalah minyak dan ia tidak boleh disifatkan sebagai senjata. Minyak adalah sumber pendapatan bagi menjana kepentingan ekonomi mereka. Agar ekonomi Negara mereka tidak lumpuh, minyak perlu perlu terus dijual kepada Negara yang berminat. Itu tanggapan mereka.

Aksi arab Saudi tidaklah sehebat dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan mesir. Selain menutup pintu sempadan bagi menghalang kemasukan pelarian palestin, mereka turut menawar diri bekerjasama dengan ketenteraan amerika bagi mengesan laluan bawah tanah yang digunakan oleh pihak hamas sekaligus meletup dan memusnahkannya. Ini secara tidak langsung membantu Israel mengekang penentangan hamas terhadap mereka. Mesir tidak menyedari atau buat-buat tidak sedrar. Kata mereka ini adalah bertujuan menghalang jenayah penyeludupan sentaja yang melibatkan rakyat mereka.

Di tengah kegawatan peperangan yang meletus, tok arab sekali lagi mengejutkan dunia dengan pendirian mereka. Berita pemilikan kelab bola sepak liga inggeris – Manchester city – oleh sheikh mansour zayed al nahyan menjadi antara cerita bualan. Dengan kuasa wang yang dimiliki, jutawan abu dhabi itu sanggup mengeluarkan perbelanjaan besar membeli dan memiliki kelab tersebut sedang rakan sebangsa mereka terkial-kial mencari tempat perlindungan, merintih mengharap belas kemanusiaan masyarakat dunia. Dengan nilai harta RM 78 bilion, ranking pertama menjadi kedudukannya dalam senarai hartawan yang memiliki kelab bola sepak.

Jika sukan menjadi pujaan hati si arab tadi, berbeza pula halnya di tanah air. Sebahagian kita terus terleka dengan budaya hedonisme. Walaupun penentangan masyarakat kita telah dizahirkan sejak beberapa hari lalu, pemimpin parti-parti politik dan badan bukan kerajaan dengan sikap anti israelnya, dengan jumlah kutipan tabung gaza yang mencecah RM 350 ribu, mari kita bertanya berapa ramai anak malaysia benar-benar menghayati isu kemanusiaan itu?... 40% atau 60% atau 80%?...

Kajian oleh the Nielsen company menunjukkan bahawa Negara Malaysia menduduki kelompok 10 negara teratas daripada 52 buah Negara dalam statistik rakyat yang paling ramai melayari internet untuk hiburan secara langsung. Dalam ceraian yang dibuat, Malaysia berada di tangga ke-7 (memainkan kandungan hiburan dari internet), di tangga ke-9 (memuat turun kandungan hiburan tersebut) dan di tangga ke-3 (rakyatnya menghabiskan masa selama 20 jam seminggu untuk kedua-dua proses tadi).

Hasilnya bila hiburan menyamari nilai-nilai kemanusiaan, tunggulah nanti akan terhijablah pula fitrah diri seorang manusia dengan kebendaan dunia

Label: